Tencent dan Activision yang berkerjasama untuk buat game yang tak ada orang mintak tetapi tak ada orang persoalkan iaitu Call of Duty Mobile, yang sebelum ini mengeluarkan game mobile seperti PUBG Mobile. Seperti PUBG Mobile, Call Of Duty Mobile akan menjadi Free-To-Play di iOS dan Android. Anda sekarang ini boleh Pra-Daftar dengan game itu tersebut.
Call of Duty Mobile yang dibangunkan oleh Studio Tencent Timi yang membuat dua port dalam telefon bimbit tersebut yang akan memberikan komponen mod multiplayer yang kompetetif dari franchise Call of Duty seperti Search and Destroy, Free For All dan banyak lagi. Dalam Call of Duty Mobile kali ini ada mempunyai Map yang ramai peminat Call of Duty kenal seperti Nuketown, Crash dan Hijacked, pemain akan mendapat mekanik “Earn and Unlock” untuk mendapat karekter, senjata, scorestreaks dan gear lain yang pemain boleh tukar “loadout” mereka.Dengan Mod Multiplayer, Maps, penyesuaian watak, dan banyak lagi mereka mahu letak kandungan lain dalam Call of Duty Mobile seperti Zombie yang ada dalam Trailer tersebut. Call of Duty Mobile yang pastinya akan tarik peminat lain, dengan kata VP Activision “Kami memberikan koleksi map yang peminat suka, mod kompetetif, karekter yang mereka kenal dan senjata yang mereka kenal, dari seluruh franchise kedalam satu pengalaman yang epik untuk kali pertama dalam telefon bimbit.”
Anda boleh Pra-Daftar Sekarang untuk iOS dan Android, tarikh dikeluar tidak diberitahu lagi dan Beta akan diberitahu pada masa akan datang.
@gamersantaimy
Discussion about this post