Minggu besar untuk Fortnite telah pun bermula bagi minggu ke-9 musim ke-8 beserta acara crossover Avengers: Endgame. Acara Avengers yang turut memberi kesempatan kepada pemain untuk menggunakan senjata ikonik terhadap Thanos dan tenteranya Chitauri. Di samping itu, juga terdapat satu kelompok baru untuk cabaran mingguan yang anda perlu selesaikan untuk membuka kesemua kosmetik yang disediakan untuk musim ini.
Cabaran minggu 9 musim 8 Fortnite termasuk perjalanan tiga Volcano Vents dan tarian di antara tiga cabaran arca ais. Selesaikan sekurang-kurangnya empat dari tujuh cabaran untuk memperoleh 9,000XP. Set ini telah dikeluarkan pada 25 April.
Jadi kat sini kami akan kongsikan apa yang ada pada musim ini. Yang pertama adalah Menaiki 3 Volcano Vents yang berbeza tanpa mendarat (Ride 3 different Volcano Vents without landing);
Meluncur dari satu Volcano Vent kepada yang lain dan kemudian luncuran yang ketiga tanpa menyentuh tanah. Volcano Vents biasanya muncul di kawasan biome hutan dan sekitarnya tetapi ada satu tempat khususnya di mana terdapat hampir sedozen vents yang boleh diakses. Lokasi hotspot di barat laut gunung berapi ini mempunyai lekuk di sekeliling mata air di mana cabaran ini dapat diselesaikan dengan mudah. Peta untuk lokasi yang tepat:
Yang kedua Mendarat di Loot Lake (Land at Loot Lake);
- Stage 1: Land at Loot Lake
- Stage 2: Land at Lucky Landing
- Stage 3: Land at Salty Springs
- Stage 4: Land at Lonely Lodge
- Stage 5: Land at Haunted Hills
Yang ketiga mencari peti harta karun di Polar Peak atau Lonely Lodge (Search chests at Polar Peak or Lonely Lodge);
Cari tujuh peti di Puncak Polar atau Lonely Lodge atau kedua-duanya terus! Pilih lokasi pilihan anda dan buka semua peti anda di sana. Sebaik sahaja anda memulakan perlawanan, cuba mendarat di lokasi paling jauh dari laluan bas pertempuran untuk meminimumkan jumlah pemain yang anda tempuhi.
Yang keempat pula adalah Menari Diantara Tiga Arca Ais
Cari lokasi dan turun dalam cabaran tiga peringkat. Setelah anda mengetahui lokasi, turun di lokasi itu dan lakukan emote menyelesaikan cabran itu. Ini ketiga-tiga kawasan nya
Yang kelima anda harus lah melakukan kerosakan kepada musuh seingga mencecah 500 (Deal damage to opponents from below)
Lakukan 500 kerosakan kepada musuh dari ketinggian yang lebih rendah. Ini bermakna anda boleh bersedia di bahagian bawah bukit atau hanya tunggu musuh menyiapkan bangunan dan memanjatnya untuk menyerang dari situ.
Seperti yang anda tahu Reboot Van telah pun hadir di Fortnite awal bulan lalu. Jadi ikut prosidur seperti biasa untuk menyelamatkan kawan. Kat sini kami kongsikan peta dimana hadirnya Reboot van;
Dan yang terakhir sekali Menghapuskan Lawan dalam Pelawanan yang Berbeza (Eliminate an opponent in different matches)
Mengalahkan sekurang-kurangnya satu musuh dalam lima pertandingan yang berbeza. Sekiranya anda tidak membunuh dalam mod utama, gunakan spin Team Rumble dan cuba turunkan musuh dalam kumpulan besar.
Itu sahaja kesemua cabaran yang harus dilakukan, macam mana ada yang dapat selesaikannya dalam masa sehari ni ke? Jangan lupa kongsikan pada kami ya.
Sumber: IGN
@gamersantaimy
Discussion about this post