UPDATE: Banishers: Ghosts of New Eden akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam pada 7 November. Mereka turut mengeluarkan trailer baru yang anda boleh tonton di bawah:
Artikel original seperti berikut:
Di acara Summer Game Fest tahun ini, Focus Entertainment dan DON’T NOD telah mengumumkan Banishers: Ghosts of New Eden, sebuah RPG aksi yang memaksa pemain untuk memburu hantu. Bakal dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam pada hujung tahun 2023, anda boleh menonton trailer di bawah untuk gambaran umum.
Menurut kata Focus Entertainment, kita akan bermain sebagai Antea Duarte dan Red mac Raith, pasangan kekasih dan Banisher—pemburu hantu yang berikrar untuk melindungi mereka yang masih hidup daripada ancaman hantu yang berbahaya. Selepas Antea mati secara tragis dan menjadi roh, Red perlu mencari cara untuk membebaskan kekasihnya daripada penderitaan sedih ini.
Bertarung bersama sambil menggabungkan kemahiran kedua-dua kekasih

Di hutan Amerika Utara yang berhantu, anda akan menjalani kehidupan dalam komuniti New Eden dan bertanggungjawab untuk membebaskan dunia yang dibelenggu oleh makhluk ghaib dan rahsia purba. Gunakan kebijaksanaan serta gabungan abiliti spiritual Antea dan senjata hebat Red untuk mengalahkan dan menghapuskan roh-roh jahat yang menyeksa orang hidup.
Banyak keputusan berat menanti anda semasa pemain menentukan nasib penduduk New Eden—sama ada mereka yang masih hidup atau roh yang merayau — hingga mempengaruhi kisah dan cabaran yang akan anda hadapi secara dramatik. Peroleh peralatan dan abiliti baharu dalam perjalanan untuk melepaskan kuasa penuh Banisher.

Pre-order sekarang

Pre-order Banishers: Ghosts of New Eden versi Collector’s Edition sekarang untuk mendapatkan patung Red dan Antea yang boleh dipisahkan, buku seni rasmi untuk permainan, Steelbook, dua cincin Banisher dan salinan game pada platform pilihan anda (salinan fizikal untuk konsol, salinan digital untuk PC) dengan DLC “Wanderer Set“.
Banishers: Ghosts of New Eden boleh pre-order sekarang dan bakal dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam pada hujung tahun 2023. Baca segala berita kami tentang pengumuman Summer Game Fest 2023 di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post