Semasa pertandingan January Digital Big Indie Pitch untuk game PC dan konsol akan datang, studio BattleBrew Productions dari Singapura telah berjaya memenangi tempat pertama dengan game roguelike baru mereka, Cuisineer. Dianggap sebagai game dengan banyak potensi oleh para hakim dan khalayak umum, korang boleh wishlist Cuisineer sekarang di Steam.
Pertama sekali saya nak kata adalah Cuisineer merupakan game yang sangat unik. Ia menggabungkan “rogue-lite dungeon crawler” dengan “restoran simulator” di mana semuanya dipamerkan dalam reka bentuk yang comel.
Dari meneroka dungeon yang dijana secara rawak hingga mengumpul bahan-bahan yang jarang ditemui dan juga membunuh raksasa, pemain perlu menjelajah dunia Cuisineer yang luas untuk mengumpul sumber yang diperlukan demi menyelamatkan restoran keluarga yang dibebani hutang. Yang membuatkan lagi best adalah gameplay tidak tamat di situ.
Sebaik sahaja kembali ke restoran, kini tiba masanya untuk kita menggunakan sumber yang dikumpul semasa memasak hidangan, mencipta resepi baru untuk menu, memastikan pelanggan gembira, dan jaga integriti restoran daripada mereka yang jahat.
Satu bahagian menarik adalah makanan di dalam game ini dibuat berdasarkan hidangan Asia Tenggara termasuk laksa dan boba tea. Harap developer ada menambah masakan Malaysia juga di dalam game!
Ciri-ciri utama (menurut Steam):
- Level yang dijana secara prosedural – tiada playthrough yang sama!
- Pelbagai jenis musuh, bilik dan bos akan dalam perjalanan anda
- Berbilang biom dungeon yang unik – hutan rimbun, gunung berapi , gua berais dan paya maut
- Uruskann restoran anda sendiri – aksi kedai makan pantas; masak secara huru-hara dan hantar hidangan yang betul kepada pelanggan yang betul
- Lebih 100 resipi lazat untuk ditemui dan dimasak
- Sistem Senjata/Gear boleh ubahsuai- Unlock kuasa Masin, Masam, Manis, Pahit, Umami, Frosty dan Toasty semasa anda mencampur dan memadankan pelbagai kesan untuk mengalahkan persaingan!
- Bubble Tea Potion – Minum semasa dalam perjalanan!
Spesifikasi minimum untuk PC:
- OS: Windows 10
- Pemproses: Intel(R) Core(TM) i7-10750H @ 2.60GHz
- Memori: 4 GB RAM
- Grafik: NVIDIA GeForce GTX 1650 Ti
- DirectX: Versi 12
- Storan: 10 GB ruang tersedia
- Kad Bunyi: PT2001 (Audio Definisi Tinggi NVIDIA)
Tak kisahlah sama ada korang berminat dengan game simulator, suka game dengan aksi pengembaraan RPG, atau game memasak yang comel, Cuisineer adalah satu game yang korang patut cuba nanti apabila keluar di Steam. Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman Steam rasmi di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post