Game pertama Penny McDonald, Answer The Question, telah dilancarkan di Steam minggu ini telah mendapat banyak review positif. Nak lagi best, Penny ni baru je berumur 7 tahun. Kecik-kecik cili padi nih. 7 tahun dah boleh buat dan keluarkan game sendiri di Steam.
Katanya, Penny menjadikan ayahnya sebagai inspirasi. Ayahnya merupakan developer game Indie, Lance McDonald. Penny hanya disediakan dengan PC yang menggunakan Windows 98 dan juga QBASIC. Tetapi mampu untuk mengeluarkan game. Walaupun Answer The Question hanya game tentang menjawab soalan matematik, tetapi, bagi aku, untuk seorang budak berumur 7 tahun, ianya sangat menakjubkan!
Pada mulanya Steam reject permohonan mereka untuk memasukkan game dalam Steam, kerana logo yang digunakannya tidak mempunyai konteks Answer The Question. Kembali dari sekolah, Penny membuat logo baru, dan tidak sampai 24 jam, Steam menerima permohonan mereka untuk memasukkan game Answer The Question ke dalam Steam.
Mungkin ada yang gelak, well, korang expect apa, budak umur 7 tahun, tapi, pandai dan berjaya buat game. Korang ada? Harap Penny teruskan lagi usaha untuk buat game-game yang menarik pada masa hadapan
Sumber: Kotaku
@gamersantaimy
Discussion about this post