Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Brazil cipta game Monster Tamer pertama bernama ADORE, akan tiba 3 Ogos!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 28, 2023
in Action, ARPG, Artikel, Berita, Indie, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Brazil cipta game Monster Tamer pertama bernama ADORE, akan tiba 3 Ogos!
Share on FacebookShare on Twitter

QUByte Interactive dan Cadabra Games (kedua-duanya dari Brazil) bakal melancarkan ADORE, game indie bergenre Monster Taming untuk PC Steam, PS4, PS5, Xbox Series X|S, Xbox One dan Nintendo Switch pada 3 Ogos 2023. Tersedia secara akses awal di Steam sejak 2020, ADORE berjaya menarik perhatian orang ramai dengan gameplay-nya yang diinspirasikan oleh francais Pokemon bersama visual dan reka bentuk raksasa yang mengagumkan.

Sempena itu, anda boleh melihat video rasmi yang baru sahaja dilancarkan di bawah:

Sinopsis

Kredit: QUByte Interactive

Draknar, dewa kepada semua makhluk telah mati dan sejenis sumpahan sedang merebak, lalu mengawal semua makhluk yang mendiami dunia Gaterdrik. Namun, perjuangan ini diserahkan kepada Lukha, seorang perantis Adorer (individu yang mengawal raksasa) dan juga harapan terakhir kepada Draknar.

Dalam perjalanan untuk menghidupkan semula Draknar, Lukha bakal menemui banyak rahsia dan misteri yang tersorok dalam dunia Gaterdrik, termasuk konspirasi untuk membunuh Draknar.

Gameplay

Kredit: QUByte Interactive

Seperti saya kata tadi, Adore ialah game monster-taming di mana watak utama, Lukha, dapat menyeru dan mengawal pelbagai jenis makhluk untuk bertarung di sisinya dalam cara yang mudah dan inovatif secara real-time. Apa yang menarik tentangnya adalah pemain boleh mengubah suai gaya permainan mengikut makhluk yang ditangkap kerana setiap satu mempunyai ciri-ciri dan kebolehan yang sangat berbeza.

Untuk menyokong gameplay, beberapa ciri lain turut ditambahkan termasuk:

  • Synergy System – Pemain akan jadi lebih kuat apabila bekerjasama dengan raksasa. Anda boleh mewujudkan sinergi antara mereka. Setiap sinergi yang dimiliki oleh makhluk, akan mengaktifkan abiliti tambahan atau mengubah suai makhluk anda.
  • Traits – Lakukan ekspedisi untuk mencari patung Draknar, dewa kepada semua makhluk, supaya makhluk anda menerima “traits” yang menjadikannya unik.
  • Special Ability – Setiap makhluk juga mempunyai abiliti istimewa yang boleh digunakan apabila energy bar penuh. Anda perlu memilih bila masa terbaik untuk menggunakan abiliti istimewa dengan lebih berkesan.

Perjalanan untuk menjadi Adorer yang hebat amat panjang kerana mereka perlu mengenali setiap makhluk dan mencari cara terbaik untuk memanfaatkan abiliti mereka. Uji semua pengetahuan anda termasuk: mencari masa terbaik untuk menyeru makhluk tertentu, dapatkan artifak atau rune yang serasi dengan abiliti mereka, melatih makhluk anda supaya menjadi lagi kuat, dan macam-macam lagi. Sama strategik seperti game Monster-tamer lain, perbezaannya adalah anda perlu melakukan semua aksi secara real-time.

Kredit: QUByte Interactive

Daripada segi pencapaian, ADORE memenangi anugerah Best Brazilian Game di BIG 2019. Bak kata Bruno Carvalho, rakan kongsi di QUByte Interactive;

“Ini adalah game Monster Taming pertama di Brazil yang sangat terkenal, dan kami mahu mempamerkan potensi studio Brazil kepada dunia.”

Diogo Carneiro, rakan kongsi di Cadabra Games pula berkata:

“ADORE dibangunkan dari 2018 hingga 2023, dan berdasarkan maklum balas pemain Steam, kami membuat pelarasan dan membentuk Adore dengan sewajarnya. Kami sentiasa menikmati game dengan kawalan ke atas berbilang unit, tetapi ia selalunya terlalu rumit untuk pemain kasual. Jadi, idea itu timbul untuk membawa pengalaman itu dengan cara yang lebih mudah diakses”.

Kredit: QUByte Interactive

Sekali lagi saya ingatkan, ADORE, akan keluar di PC Steam, PS4, PS5, Xbox Series X|S, Xbox One dan Nintendo Switch pada 3 Ogos 2023. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi mereka.

Tags: ADOREindieMonster Tamer
ShareTweetSend
Previous Post

Arcadian Atlas Kini di Steam! Alami Game Taktikal RPG Diinspirasikan oleh FF Tactics!

Next Post

Nickelodeon All-Star Brawl 2 diumumkan, Bakal dilancarkan untuk Konsol & PC!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Nickelodeon All-Star Brawl 2 diumumkan, Bakal dilancarkan untuk Konsol & PC!

Nickelodeon All-Star Brawl 2 diumumkan, Bakal dilancarkan untuk Konsol & PC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd