Selepas pelancaran ujian beta terbuka, kini ramai pemain yang sedang mencuba Battlefield 2042 buat pertama kali. Namun selepas beberapa perlawanan, majoriti pemain juga memperhatikan bahawa Battlefield 2042 kini dihuni oleh terlalu banyak dihuni bot, sehingga ada yang mengadu bahawa bot di dalam game terlalu kuat dan dapat membunuh kita dalam sekelip mata.
Satu perkara yang anda perlu tahu adalah Battlefield 2042 memerlukan sebanyak 128 pemain untuk memulakan perlawanan. Itulah antara sebab utama mengapa ada bot di dalam game memandangkan Battlefield 2042 pun masih dalam fasa awal. Walau bagaimanapun, bilangan bot ternyata terlalu banyak berbanding pemain sebenar dan apa yang lebih menjengkelkan adalah semuanya pakar menembak.
Seperti yang dilaporkan oleh Eurogamer, pemain kini mengadu di subreddit Battlefield tentang jumlah bot yang luar biasa. Satu posting di subreddit menunjukkan seorang pemain memasuki perlawanan dengan hanya lapan pemain [manusia], dan selebihnya adalah bot.
Seorang lagi pemain Malaysia berkata, “Entah bagaimana, saya menyertai lobi penuh bot sahaja. Meta awal untuk matchmaking Battlefield tahu saya bermain seperti bot. Terima kasih. Saya berjaya membunuh 32 AI”.
Bukan setakat itu sahaja, malah ada yang melaporkan bahawa bot boleh membunuh pemain serta-merta. Seorang pemain telah memuat naik klip pendek yang menunjukkan pengalamannya bermain dalam versi beta. Dalam video itu, seorang bot berjaya membunuh pemain tersebut hanya dengan beberapa tembakan.
Sebelum ada yang kata: “Aduh, game ni bermasalah lah; Tak best lah; Apa ni – penuh bot!”, korang harus tahu bahawa masalah ini sering berlaku dalam mana-mana game yang melakukan ujian beta. Ia tidak akan mencerminkan produk akhir yang sepatutnya akan membetulkan isu-isu seperti ini. Di samping itu, ramai juga pemain yang tidak ingin mencuba ujian beta dan lebih rela menunggu permainan penuh, lantas membuatkan aspek matchmaking lebih sukar.
Bagi mereka yang berminat untuk mencuba, malangnya ujian beta Battlefield 2042 sudah pun tamat semalam. Anda kata berminat, jangan lupa untuk pra-pesan Battlefield 2042 sekarang yang bakal tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, dan PC melalui Steam, Epic Games Store, dan Origin pada 22 Oktober. Untuk segala liputan kami tentang Battlefield 2042, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post