Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tembak Pikachu dengan game indie FPS Pokemon – Pokemon Gun!

Maira by Maira
January 20, 2022
in Artikel, Berita, Game, Indie, Shooter
0 0
0
Tembak Pikachu dengan game indie FPS Pokemon – Pokemon Gun!
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa sahaja tidak mengenali francais Pokemon lebih-lebih lagi game-game yang telah dilancarkan. Mungkin kerana ingin mencuba sesuatu yang baru, seorang pembangun game indie telah menghasilkan sebuah game FPS Pokemon. Jika anda ingat meme yang keluar selepas pelancaran Pokemon Sword & Shield, meme tersebut kini menjadi realiti.

Apabila melihat video progress untuk game FPS tersebut, memang ianya kelihatan agak baik. Pokemon Trainer serta dunia dalam game yang dihasilkan nampaknya bagus untuk sebuah game indie. Tetapi, apabila Trainer mula menembak Pokemon yang berada di sekitarnya, terasa agak kejam melihatnya. Lebih-lebih lagi francais ini tidak menunjukkan banyak kekejaman kepada peminatnya.

https://twitter.com/Dragon_GameDev2/status/1482920297296769036?s=20

Jika anda fikir Pokemon tersebut tidur selepas ditembak, memang silap besar. Anda boleh melihat darah yang memercik daripada Pokemon yang ditembak. Bukan setakat itu sahaja, game FPS Pokemon ini juga mempunyai Boss fight! Memang dahsyat pembangun game ini. Jika anda fikirkan Zapdos di Pokemon Unite senang dikalahkan, bayangkan anda ingin menembaknya pula. Dengan sekalah kebolehan Zapdos serta taufan yang melanda, agak susah juga untuk pemain mengelahkannya. Seperti game FPS yang lain, pemain juga mempunyai health bar. Memang mencabar juga bila lawan dengan boss nanti.

Terdapat juga pertarungan dengan Mewtwo, di mana ia cuba membaling batu ke arah pemain menggunakan telekinesis. Ia juga memanggil Tauros yang mengamuk dan mengelilingi dirinya dengan perisai yang melindunginya daripada peluru anda. Banyak usaha yang telah diletakkan oleh pembangun untuk menghasilkan game FPS Pokemon ini. Jika ia dilepaskan secara percuma, adakah anda ingin bermain game ini? Selalu kita tangkap Pokemon sahaja bukan selalu dapat menembak mereka. Anda boleh melihat proses pembangunan untuk game ini, melalui video ini. Pokemon Legends: Arceus akan dilancarkan tidak lama lagi iaitu pada 28 Januari ini. Jangan lupa untuk pra-tempah untuk terus bermain pada hari tersebut!

Sumber: Thegamer

Tags: FPS gamepokemon
Previous Post

[Ekslusif] Total War: Warhammer III – Perincian mengenai Daemon Prince dan Chaos Undivided! Temuramah bersama James Whitston dan Mark Sinclair!

Next Post

World of Warships lancar kruiser Pan-Asia termasuk KD Rahmat dari Malaysia

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
World of Warships lancar kruiser Pan-Asia termasuk KD Rahmat dari Malaysia

World of Warships lancar kruiser Pan-Asia termasuk KD Rahmat dari Malaysia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd