Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Boruto: Himawari sembunyi kuasa terpendam, teori kata “jelmaan Kaguya”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 25, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Boruto: Himawari sembunyi kuasa terpendam, teori kata “jelmaan Kaguya”
Share on FacebookShare on Twitter

Manga Boruto kini semakin rancak selepas Kawaki membuat pilihan untuk “menculik Naruto dan Hinata” setelah meluahkan niatnya untuk membunuh semua Otsutsuki termasuk Boruto. Bahagian ini sudah kita jelaskan dalam artikel INI tetapi ada satu lagi peristiwa penting yang berlaku. Rupanya, Uzumaki Himawari (adik kepada Boruto) juga menyembunyikan kuasa terpendam yang baru-baru ini dibongkarkan dalam bab 77.

Boruto: Naruto Next Generations, Ch. 77: Naruto has his hands full when hotheaded Kawaki stirs up more trouble! Read it FREE from the official source! https://t.co/y3YHmLQvu4 pic.twitter.com/iEU7qMgK5I

— Shonen Jump (@shonenjump) January 19, 2023

AMARAN! SPOILER UNTUK MANGA BORUTO BAB 77!!

Sebagai ringkasan; kampung Konoha sedang menghadapi masalah besar, di mana mereka terpaksa melindungi kedua-dua Eida dan Daemon, bekas ahli organisasi Kara yang berpaling tadah daripada Code (antagonis semasa), diberi kebebasan untuk bersiar-siar di mana sahaja dalam kampung; dengan syarat mereka dipantau oleh shinobi Konoha.

Dalam bab 77, Daemon memainkan peranan penting kerana dialah watak yang pertama sekali kesan kuasa terpendam Himawari. Sebelum menceritakan tentang adik Boruto, biar saya jelaskan siapakah Daemon terlebih dahulu.

Walaupun kuasa sebenarnya tidak diketahui, Amado pernah menjelaskan bahawa kekuatan Daemon sebenarnya melebihi Jigen aka Otsutsuki Isshiki. Pada masa yang sama, dia dengan mudah dapat mengalahkan Code dan Kawaki yang pada ketika itu menggunakan kuasa penuh. Setelah dicampurkan dengan DNA Otsutsuki Shibai , Daemon turut memperoleh Shinjutsu untuk memantulkan serangan musuh ke diri mereka sendiri serta-merta.

Tidak perlu disangkal lagi, Daemon merupakan antara watak terkuat dalam siri Boruto setakat ini.

Kembali ke bab 77, Boruto dan rakan-rakan membawa Eida dan Daemon keluar membeli-belah, tetapi Daemon tiba-tiba merasakan ada “kuasa hebat” berdekatan yang menyebabkan dia berlari keluar daripada kedai. Anehnya, dia terkejut dengan kehadiran Uzumaki Himawari yang ketika itu sedang membeli roti dan teh untuk ibunya.

Di sini, Daemon percaya bahawa Himawari menyembunyi kuasa yang hebat dan merasakan seolah-olah budak perempuan itu memancarkan “niat membunuh” yang kuat ke atasnya. Hakikatnya, Himawari dalam keadaan terkejut dan keliru.

Boruto kemudian datang untuk menyelamatkan keadaan tetapi tidak cukup pantas untuk menahan Daemon. Demi menguji sama ada teorinya betul atau tidak, Daemon cuba menyerang Himawari tetapi Himawari langsung tidak bertindak.

Daemon sempat berhenti menyerang di saat terakhir dan berkata:

Kenapa kau tidak mengelak?! Itu sepatutnya mudah untuk orang macam kau!

Boruto menjelaskan bahawa Himawari bukanlah seorang shinobi dan sebenarnya tidak pandai dalam hal berlawan. Jawapan ini mengelirukan lagi Daemon yang kata:

“Dia memang nampak lemah daripada dekat, tetapi apakah intensiti yang saya rasakan daripadanya tadi?”

Tiba-tiba, Boruto salah faham dan anggap Daemon sukakan adiknya Himawari. Maka, tamatlah kejadian ini.

Sebelum ini, kami sudah melihat tanda-tanda bahawa Himawari mempunyai kuasa yang handal dalam dirinya di mana dia berjaya menundukkan ayahnya Naruto hingga pengsan. Malah Himawari juga sangat cekap dalam hal ninjutsu walaupun masih seorang pelajar akademi. Jadi daripada mana datang kuasanya?

  • Teori pertama di komuniti anime adalah dia keturunan puak Hyuga dan puak Uzumaki, lantas mempunyai genetik yang hebat.
  • Teori kedua adalah Himawari sebenarnya jelmaan Kaguya. Bagaimana Kaguya berjaya masuk ke badan Himawari tidak diketahui tetapi hanya seorang Otsutsuki yang boleh membuat Daemon rasa terancam begitu.
  • Teori ketiga adalah Kurama sebenarnya masih terselamat dan sedang “tidur” di dalam badan Himawari.
110+ Himawari Uzumaki HD Wallpapers and Backgrounds

Mana satu yang betul, saya tidak pasti tetapi seelok-eloknya kita tunggu bab baru untuk tahu jawapan sebenar tentang kuasa sebenar Himawari. Apa pendapat korang? Jom kongsi pendapat di ruang komen!

Untuk membaca segala liputan kami tentang francais Boruto, sila tekan pautan ini.

Tags: animeBorutoHimawarimanga
Previous Post

Nijigen Expo 2023 Akan Berlangsung Februari Ini! Tiket Sudah Boleh Beli!

Next Post

Risen kini tersedia untuk PS4, Xbox One & Nintendo Switch, dapatkan sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Kakao Games & The Grimm Entertainment Umum Kerjasama; Mungkin Hasilkan Game Lookism, Manager Kim & Banyak Lagi
Berita

Kakao Games & The Grimm Entertainment Umum Kerjasama; Mungkin Hasilkan Game Lookism, Manager Kim & Banyak Lagi

August 24, 2026
Detective Conan: Fallen Angel Of The Highway Masuk Pawagam Malaysia 10 September 2026; Tayangan Awal 5 September
Anime

Detective Conan: Fallen Angel Of The Highway Masuk Pawagam Malaysia 10 September 2026; Tayangan Awal 5 September

August 24, 2026
Bleach – Bankai Baru ‘Blood Chains’ Ichigo Serta Kematian Mengejut Watak Utama
Anime

Bleach – Bankai Baru ‘Blood Chains’ Ichigo Serta Kematian Mengejut Watak Utama

August 24, 2026
Next Post
Risen kini tersedia untuk PS4, Xbox One & Nintendo Switch, dapatkan sekarang!

Risen kini tersedia untuk PS4, Xbox One & Nintendo Switch, dapatkan sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd