Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Boruto Bukti Dia Lagi Kuat Daripada Naruto & Sasuke – Spoiler Two Blue Vortex!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 22, 2023
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga, Spoiler
0 0
0
Boruto Bukti Dia Lagi Kuat Daripada Naruto & Sasuke – Spoiler Two Blue Vortex!
Share on FacebookShare on Twitter

Kini memasuki bab ke-5, jalan cerita Boruto: Two Blue Vortex nampaknya semakin rancak. Bab bulan ini lebih istimewa kerana ia menceritakan peristiwa semasa “timeskip” di mana kita akhirnya dapat tahu apa yang berlaku antara Uchiha Sasuke dan Uzumaki Boruto semasa tempoh itu, dan bagaimana Sasuke ditukar menjadi “pokok”. Bukan itu sahaja, bab ini turut mengesahkan bahawa Boruto kini lebih kuat daripada Naruto dan Sasuke selepas mengasah kemahirannya melalui latihan dan mengalahkan antagonis besar.

Berikut adalah rumusan padat tentang Boruto: Two Blue Vortex bab 5! AMARAN SPOILER!

Kredit: Shueisha

Dalam flashback semasa tiga tahun meninggalkan Konoha, Boruto dilihat sedang berlatih kenjutsunya. Dia berehat dengan Sasuke dan bertanya tentang perkembangannya. Sasuke mengakui bahawa dia mengajar Boruto hampir semua yang dia tahu, dan kini tidak ada apa-apa lagi untuk dia mengajar, kerana bakat Boruto yang membuatkannya cepat belajar.

Sasuke membandingkan keazaman Boruto dengan Naruto dan akhirnya memahami mengapa Sarada memintanya untuk melindungi Boruto, dan percaya hanya dia dan Sarada sahaja yang boleh menyelesaikan apa yang berlaku.

Kredit: Shueisha

Kemudian, adegan berubah kepada Sasuke dan Boruto yang sedang bertarung dengan Code dan askar-askar Tsumeaka (makhluk cebisan Ten-Tails). Pada masa ini, Sasuke telah mengelar mata kiri Code. Boruto ingin membantu Sasuke, tetapi dia mengarahkan Boruto untuk berlari, kerana yakin tidak dapat mengalahkan Code buat masa ini. Dia memberitahu Boruto untuk terus hidup, mengasah apa yang dia ajarkan kepadanya, dan mengawasi Sarada, lalu kembali ke medan perang.

Selepas keadaan menjadi tenang, Boruto kembali ke lokasi pertarungan dan melihat Sasuke ditukar kepada pokok. Dia mengutip pedang mentornya.

Kredit: Shueisha

Sebagai konteks, ini membuktikan Boruto lebih kuat kerana dia dapat mengalahkan Code tanpa masalah, sedangkan Sasuke sendiri mengaku dia tidak cukup kuat. Satu lagi hal, Code lebih kuat daripada Jigen, yang membuktikan Naruto (buat masa ini) adalah paling lemah dalam trio ini. Pendek kata, ninja paling kuat sekarang adalah Boruto.

Kredit: Shueisha

Pada masa kini, Sarutobi Konohamaru terjumpa Team 10 di sebelah pokok, yang rupanya adalah Moegi (rakan sepasukan semasa dia kecil). Menurut mereka, Moegi ditukar kepada pokok selepas melindungi seorang ibu dan anak sebelum digigit. Anak muridnya dan Konohamaru berikrar untuk mencari jalan untuk membebaskannya.

Kredit: Shueisha

Matsuri (Tsumeaka yang menyerupai Moegi) dapat merasakan kesedihan dan kemarahan mereka. Jura (Tsumeaka yang menyerupai Jigen) mendapati ini bukti “kesedaran individu” mereka dirangsang. Walaupun mereka semua adalah entiti biologi yang sama, yang ingin makan Otsutsuki.

Kredit: Shueisha

Tsumeaka yang menyerupai Bug (saintis organisasi Kara) dan Hidari  (Tsumeaka yang menyerupai Sasuke) membincangkan asal usul perasaan ini. Jura meluahkan dia ingin memakan Naruto, dan mengaitkan keinginan untuk memakan -bukan kerana Otsutsuki- tetapi kerana evolusi mereka sebagai Divine Tree. Semasa perbualan ini berlangsung, Eida nampaknya sedang memerhati mereka.

Kredit: Shueisha

Jura mengarahkan yang lain untuk mendengar “keinginan dalaman” mereka dan mencari sasaran peribadi. Matsuri menentukan Konohamaru adalah hak miliknya. Hidari, masih keliru, bertanya “apakah mereka” kepada Jura. Jura menganggap itu sebagai soalan yang sia-sia, dan lebih mementingkan apa yang mereka lakukan berbanding mencari identiti mereka.

Eida membuat spekulasi bahawa Divine Tree ini telah dicipta oleh chakra yang dimakan oleh Tsumeaka. Pada masa ini, Bug Palsu mengesan Eida memerhati mereka, dan mengisytiharkan gadis itu sebagai sasarannya, yang mengejutkannya Eida semasa dia makan dengan Daemon. Hidari pula memberitahu sasarannya ialah Sarada.

Kredit: Shueisha

Beralih ke adegan lain, Sumire sedang membincangkan kepulangan Boruto bersama Amado. Mengingat semula objektifnya, Sumire bertanya sama ada kematian Boruto tidak bertentangan dengan misi Amado untuk memulihkan anak perempuannya yang sakit. Amado mengaku dia sedikit keliru dan kata seluruh kampung tidak tahu siapa yang mengubah suai badan Kawaki tetapi dia tahu dirinya sendiri telah membuat modifikasi kepada badan Kawaki.

Kredit: Shueisha

Ini kerana Karma dalam badan Kawaki mengandungi maklumat tentang Akebi. Bukti fizikal ini bercanggah dengan memorinya, menyebabkan Amado percaya bahawa ingatannya telah diubah. Memandangkan Kawaki adalah orang yang mempunyai maklumat Akebi, dia tidak kisah tentang Boruto. Mendengar perbualan itu, Sai meminta pendapat Shikamaru.

Kredit: Shueisha

Adegan beralih sekali di mana Sumire memberitahu Sarada bahawa Amado sedar ingatannya telah berubah. Pada masa ini, Boruto menghampiri mereka, dan memberitahu bahawa walaupun Sasuke tidak pasti tentang memorinya, mentornya masih datang untuk menyelamatkan Boruto kerana permintaan Sarada.

Kredit: Shueisha

Sarada serta-merta memeluk Boruto, memberitahu dia lewat dan memanggilnya bodoh (dalam nada manja). Boruto meminta maaf dan kata; “Saya sudah pulang sekarang”.

Kredit: Shueisha

Apa pendapat korang tentang bab terbaru ini? Jika ada, jom kongsi pendapat di ruang komen! Untuk membaca segala liputan kami tentang Boruto, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BorutomangaSpoiler
ShareTweetSend
Previous Post

Fullmetal Alchemist Exhibition Akan Berlangsung di Malaysia, Bermula Januari 2024!

Next Post

Malaysia Mendunia Sekali Lagi! Kuala Lumpur Muncul Dalam Jujutsu Kaisen!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan
Filem

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan

May 23, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Marvel Rivals Season 2.5: Hellfire Gala Bawa Masuk Ultron, Peta Arakko & Team-Up Ability Lagi Hebat
Berita

Marvel Rivals Season 2.5: Hellfire Gala Bawa Masuk Ultron, Peta Arakko & Team-Up Ability Lagi Hebat

May 23, 2025
Next Post
Malaysia Mendunia Sekali Lagi! Kuala Lumpur Muncul Dalam Jujutsu Kaisen!

Malaysia Mendunia Sekali Lagi! Kuala Lumpur Muncul Dalam Jujutsu Kaisen!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Animasi

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

May 21, 2025
DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei
DLC

DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei

May 21, 2025
Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto
Anime

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

May 20, 2025
The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game
Animasi

The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game

May 20, 2025
Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?
Anime

Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?

May 20, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd