Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

BMW umum kereta elektrik Mini Aceman tema Pikachu, siap boleh main game lagi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 26, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Industri, Teknologi
0 0
0
BMW umum kereta elektrik Mini Aceman tema Pikachu, siap boleh main game lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Jenama Mini (di bawah BMW) dan The Pokemon Company telah bekerjasama untuk mendedahkan kereta konsep elektrik Mini Aceman bertema Pikachu sebagai sebahagian daripada kolaborasi MINI x Pokémon.

Ditunjukkan semasa segmen Gamescom Opening Night Live yang dihoskan oleh Geoff Keighley, ini adalah kereta konsep elektrik dengan “ciri-ciri gaming”.

Secara lebih khusus lagi, Aceman bakal mempunyai mode Pokemon yang boleh diaktifkan untuk menghidup grafik dan animasi bertema Pikachu di bahagian paparan luar dan dalam kereta serta penambahan fungsi “gaming di dalam keselesaan kereta”.

Apabila Mode Pikachu untuk Mini Aceman Concept dihidupkan, Pikachu akan mengambil alih kabin, di mana wajahnya akan muncul pada skrin utama lalu memanjang ke dashboard dan bahagian pintu, yang turut menampilkan skrin kita boleh berinteraksi.

Di sini, dua animasi akan tampil, satu melibatkan Poké Ball manakala satu lagi animasi menunjukkan Pikachu mengeluarkan tenaga elektrik/petir daripada badan kecilnya ke seluruh kabin.

Tetapi bahagian paling menarik tentang konsep ini ialah anda boleh menyambungkan konsol mereka kepada Mini untuk bermain permainan Pokemon atau mungkin menonton salah satu filem Pokemon, gaya pandu masuk, menggunakan projektor LED hadapan Aceman untuk memancarkan skrin besar pada dinding berdekatan semasa diletakkan.

Bukan itu sahaja yang menarik tentang kereta elektrik ini, malah kita boleh menyambungkan konsol gaming kepada Mini Aceman untuk bermain apa-apa game atau menonton siri/filem kegemaran, menggunakan projektor LED hadapan untuk memancarkan gambar pada dinding berdekatan.

Namun, Mini tidak menawarkan maklumat tentang jenis konsol gaming yang akan disokong oleh kereta itu atau bagaimana cara-cara untuk menambah controller. Apa-apa hal pun, konsep ini memang mengagumkan.

Mini memilih Pikachu sebagai Pokemon kerana “sedar ia adalah Pokemon jenis elektrik yang menepati konsep Aceman, sebuah kereta elektrik. Bukan itu sahaja, Pikachu juga adalah maskot dan Pokemon yang paling popular dalam francais, jadi ia pasti mudah dikenali walaupun anda bukan peminat siri.

Anda boleh baca maklumat lanjut tentang kereta ini di blog BMW.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Pokemon, sila tekan pautan ini.

Tags: Mini Acemanpikachupokemon
Previous Post

Skull & Bones: Ciri-ciri istimewa untuk pemain PC, siap sokongan 4K lagi!

Next Post

Denuvo Lancarkan Teknologi Baru Untuk Game Switch, Ramai Yang Tidak Menyukainya!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Denuvo Lancarkan Teknologi Baru Untuk Game Switch, Ramai Yang Tidak Menyukainya!

Denuvo Lancarkan Teknologi Baru Untuk Game Switch, Ramai Yang Tidak Menyukainya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd