BMW baru-baru ini telah mengadakan acara BMW eSports, dimana mereka telah menampilkan sebuah konsep kerusi gaming bernama Rival Gig. Kerusi gaming ini mempunyai penampilan yang sangat futuristik dan kelihatan seperti perabot di dalam filem sci-fi, serta mempunyai rekaan sangat next level!
Presiden Designworks, iaitu Holger Hampf berkongsi inspirasinya mengenai Rival Gig, dimana beliau menyatakan mereka mencari inspirasi dari bidang di mana manusia harus membuat keputusan dalam beberapa saat. Reka bentuknya dipengaruhi oleh konsep kapal angkasa dan kereta Formula 1 serta ia diumpamakan seperti angkasawan mengoperasikan sistem yang sangat kompleks.
Pengilang kereta BMW sangat terkenal dengan kepakaran mereka dalam menghasilkan rekaan tempat duduk sukan, dan ianya tidak menjadi masalah untuk membuat kerusi gaming berkualiti tinggi dengan reka bentuk yang sesuai. Namun, BMW kurang memberi penekanan pada rekaan semasa persembahan konsep Rival Gig dan hanya menumpukan pada fungsi tambahan kerusi sahaja.
Antara fungsi yang ada di Rival Gig ini adalah seperti ia dilengkapi dengan sensor untuk mendaftarkan bentuk badan penggunanya. Sensor ini turut disertakan dengan fungsi bantal udara dan unit penyesuaian mekanikal bagi membolehkan kerusi disesuaikan. Ia juga menawarkan fungsi kawalan suhu yang boleh digunakan untuk pemanasan deria, mengatur suhu bahagian kerusi dengan tepat dan memberikan penyaman udara untuk pengguna. BMW turut menambah fungsi urutan pada kerusi gaming dan menjadikan ianya sebagai titik penjualan unik untuk menarik pembeli.
Model Rival Gig tidak ditunjukkan semasa acara tersebut berlangsung, tetapi mereka hanya mempamerkan video produk sebagai gambaran kepada pengunjung. BMW juga masih belum merancang untuk melancarkan kerusi gaming ini dan menyatakan hanya mensasarkan pada pasukan eSukan profesional sebagai produk high-end.
Sumber: PcGamer
@gamersantaimy
Discussion about this post