MMORPG ala anime yang lama dinanti-nantikan, Blue Protocol: Star Resonance, telah melancarkan server Asia Tenggara (SEA) secara rasminya hari ini. Pelancaran ini membuka gerbang ke dunia Regnus yang warna-warni untuk para pemain di seluruh rantau ini, termasuk Malaysia.
Dibangunkan oleh Shanghai Bokura Network Technology dan diterbitkan oleh Haoplay, Blue Protocol: Star Resonance menjemput para pemain untuk mengembara dalam dunia fantasi isekai dengan visual yang menawan. Game ini menampilkan sistem combat aksi yang dinamik, membolehkan pemain bertukar-tukar antara peranan MMO tradisional seperti tank, healer, dan DPS, sekaligus menawarkan fleksibiliti dalam gaya permainan. Para pemain boleh memilih daripada pelbagai class dan terlibat dalam combat real-time yang menekankan kemahiran mengelak dodging dan counterattack yang kuat.

Dunia Regnus direka sebagai sebuah open world yang imersif, di mana pemain boleh melombong kristal, mengumpul herba mistik, atau sekadar menikmati pemandangan mempesonakan. Selain daripada berlawan, game ini juga menawarkan pelbagai aktiviti sosial dan rekreasi, termasuk memancing, crafting, dan menyertai pesta ria di bandar bersama rakan-rakan. Sistem customization watak juga membolehkan pemain mencipta avatar yang unik untuk mewakili diri mereka di dunia baharu ini.

Bagi pemain di Malaysia, game ini boleh diakses pada platform PC dan mobile. Versi rasmi untuk PC boleh dimuat turun dari laman web SEA game tersebut (https://bpsr.haoplay.com/en). Pemain mobile yang menggunakan Android boleh memuat turun game ini melalui aplikasi TapTap, di mana laporan daripada komuniti pemain menunjukkan bahawa game ini boleh dimainkan tanpa memerlukan VPN.









Discussion about this post