Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[BlizzConline 2021] “Pemain cenderung bermain apa sahaja yang mereka gemari!” Temu ramah eksklusif Hearthstone

Kali ini bersama Joseph Killian , Liv Breeden dan Chadd Nervig

Nyny.A by Nyny.A
February 21, 2021
in Artikel, Berita, Eksklusif, Kad Strategi, Temuramah
0 0
0
[BlizzConline 2021] “Pemain cenderung bermain apa sahaja yang mereka gemari!” Temu ramah eksklusif Hearthstone
Share on FacebookShare on Twitter

BlizzCon 2021 telah membawa banyak pengumuman baru tentang semua game terbesar Blizzard, termasuk permainan kad digital popular mereka, Hearthstone. Ia kini akan beralih ke kandungan Year of the Gryphon dan bakal memperkenalkan banyak kandungan baru termasuk expansion Forged in the Barrens, format Classic baru dan mod Mercenaries.

Kami menerima peluang untuk menemu ramah tiga orang besar dalam pembangunan game ini iaitu Game Designer – Joseph Killian dan Liv Breeden bersama Senior Game Designer, Chadd Nervig. Mari kita selami proses fikiran mereka dalam temu ramah eksklusif ini!

Joseph Killian
Chadd Nervig
Liv Breeden

Selepas Year of the Gryphon diumumkan, ramai yang tertanya jika expansion ini akan mengambil jalan yang sama seperti Year of the Dragon dengan menghubungkan jalan cerita keseluruhan. Untuk expansion kali ini, pasukan ingin menceritakan kisah klasik Warcraft bermula sebagai “newbie” dengan level yang rendah, lalu memperoleh pengalaman baru dan menjadi hero.

Expansion Forged in the Barrens adalah tempat yang sesuai untuk memulakan kisah ini kerana ia merupakan tempat yang ikonik untuk “Horde“. Selain itu, Blizzard ingin memfokuskan pada 10 watak baru, di mana pemain akan mengikuti kisah setiap watak sepanjang tempoh Year of the Gryphon, dan melihat bagaimana kisah-kisah itu saling berkait.

Satu perubahan besar yang dibuat untuk Year of the Gryphon adalah beberapa Common Card telah menerima rework. Antara contohnya ialah Lightning Storm, yang damage-nya kini tetap. Adakah ini akan mempengaruhi kad lain yang mempunyai nilai rawak? Blizzard mengakui bahawa nilai rawak ini menghasilkan gameplay yang menarik tetapi terasa ia adalah sesuatu yang sepatutnya tinggalkan. Dari segi rawak, terdapat pelbagai jenis cara yang telah mereka memperkenalkan dalam permainan, sama ada melalui pilihan kad, ciri Discovery, dan lain-lain.

Abiliti Shaman seperti spell Power Tower mereka juga diganti dan itu sangat penting untuk dipertimbangkan ketika berlaku damage secara rawak. Totem Spell Power betul-betul bagus jika anda mempunyai damage spell, atau sama sekali tidak berguna jika anda tidak mempunyainya. Oleh itu, mereka telah mengubahnya menjadi sesuatu yang lebih konsisten dalam nilainya.

Seterusnya, ramai pemain yang tidak berpuas hati apabila Wrath of Air of the Shaman digantikan. Sebilangan pemain sebenarnya berpendapat ia lebih baik untuk menggantikan 1/1. Alasan Blizzard secara umum adalah kerana ia biasanya tidak berguna. Sekurang-kurangnya, 1/1 masih kekalkan statistik 1/1, sebab itulah mereka mahu menyimpannya.

Sekiranya anda melihat perubahan pada Ysera dan Malygos, nampaknya Blizzard lebih suka mengurangkan kemungkinan “one turn kill” atau kad yang menawarkan buff kekal? Adakah ini benar?

Blizzard menjawab bahawa masih akan mengekalkan beberapa dek kombo itu untuk pemain yang menyukai gameplay seperti itu tetapi ia pun bukanlah sesuatu yang mereka ingin sentiasa buat. Memandangkan Malygos berada dalam set Basic dan Classic, dia akan sentiasa ada dalam permainan Hearthstone, dan setiap kali Blizzard membuat expansion baru, mereka memikirkan bagaimana ia akan berinteraksi dengan Malygos? Jadi kebanyakan kad terpaksa berubah atau dibuang kerana Malygos khususnya.

Di samping itu, kita ada School yang merupakan fitur untuk spell seperti minion yang dibahagikan kepada dragon/pirate, atau spell yang mempunyai elemen Fire/Holy. Ini dapat membina interaksi dengan setiap kad, di mana ia dapat meningkatkan damage untuk Nature spell, atau menambahkan kesan sampingan ketika kita menggunakan Holy spell. Malangnya, mereka tidak mempunyai rancangan semasa untuk spell yang neutral. Ia mungkin akan datang pada masa depan, tetapi memang bukan sekarang.

Sebuah keyword baru juga diperkenalkan! Bernama Frenzy, ia menangkap idea kegilaan Horde. Jika ada yang mengadu tentang keyword yang terlalu banyak, Blizzard sentiasa memberi tumpuan agar permainan tidak terlalu rumit, dan mempunyai perkara seperti set bergilir-gilir, yang akan membuang keyword semasa untuk memastikan pemain mendapat pengalaman yang segar.

Untuk krew “mercenary”, Gruul, Sylvanas, dan Thrall telah disahkan setakat ini. Blizzard ingin menambahkan watak lain tetapi ada banyak tokoh ikonik untuk kedua-dua Warcraft dan Hearthstone. Seperti yang dikongsikan dalam liputan kami, 10 watak mercenary baru akan diperkenalkan, dan kita pun boleh melihat kisah mereka dalam mod single player Mercenaries serta kandungan-kandungan kolektif lain.

Untuk sesiapa yang tertanya jika setiap mercenary boleh dimainkan sepenuhnya pada permulaan mod ini atau tentang sistem mekanik keseluruhan mod ini, Blizzard masih merancang dan akan mempunyai lebih banyak maklumat untuk dikongsi pada masa akan datang. Walaupun begitu, saya ada sedikit berita baik. Disebabkan watak mercenary pun sangat popular, kemungkinan besar kita akan melihat beberapa watak ini muncul di dalam kedua-dua mod Duels dan Battlegrounds.

Dari pemerhatian Blizzard, Duels amat menarik, kerana mereka melancarkan Battlegrounds dan pada masa itu sedang menghasilkan Mercenaries. Pada masa yang sama, mereka inginkan sesuatu di antara kedua-dua mod ini tetapi dalam skala yang lebih kecil dan berbeza. Dari situlah datangnya, mod Duels! Buat masa ini, rasa ia menerima respons yang sangat baik, di mana matlamat semasa adalah untuk menambah baik sistem lebih baik, dan menghebatkan lagi pengalaman keseluruhan.

Bilakah Battlegrounds akan meninggalkan fasa Beta? Kita harus ingat bahawa Battlegrounds adalah mod baru, jadi masih ada banyak perkara yang perlu difikirkan lagi. Mengenai saiz muat turun dan juga kelancaran permainan, itu adalah sesuatu yang Blizzard cuba usaha, di mana fokus mereka adalah untuk menjadikan permainan lebih mudah diakses dari segi kebolehan capaian dan kemudahan peranti sama ada mudah alih, komputer dan lain-lain.

Blizzard sentiasa teruja untuk menambahkan mod permainan baru ke dalam Hearthstone kerana ini dapat mewujudkan lebih banyak cara bagi pemain untuk bermain. Semakin banyak cara yang ada bagi pengguna untuk bermain, semakin banyak yang akan tertarik. Seseorang yang tidak berminat dengan permainan kad standard boleh masuk dan bermain mod seperti Battlegrounds atau Mercenaries.

Ketika membuat mod baru, Blizzard tidak melihat aspek “kanibalisasi” pemain. Pemain cenderung untuk bermain apa sahaja yang mereka gemar atau sesuatu yang baru, dan ini menarik minat pengguna baru.

Salah satu perkara yang paling bagus tentang Hearthstone adalah jika seseorang pemain ingin berehat, mereka boleh mencuba Battlegrounds dan bermain beberapa pusingan di sana sebelum meneruskan perjuangan dalam mod lain. Semua perkara ini masuk ke dalam sistem ganjaran baru dan akan menghadiahkan pemain dengan ganjaran yang sesuai menurut apa yang mereka cuba.


Itu sahaja untuk temu ramah eksklusif ini! Jika anda berminat untuk membaca segala liputan kami tentang BlizzConline 2021, termasuk setiap wawancara eksklusif dan berita terkini, sila tekan pautan ini.

Tags: BlizzardBlizzCon 2021hearthstonetemu ramah
Previous Post

[BlizzConline 2021] “Burning Crusade sangat mengagumkan dari saat anda melangkah ke dark portal” Temuramah Eksklusif WoW Burning Crusade Classic

Next Post

Valheim dibuat oleh pasukan 5 Orang sahaja dan dalam proses untuk memperluaskan permainan!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Valheim dibuat oleh pasukan 5 Orang sahaja dan dalam proses untuk memperluaskan permainan!

Valheim dibuat oleh pasukan 5 Orang sahaja dan dalam proses untuk memperluaskan permainan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd