Semasa acara BlizzConline 2021, Blizzard berkongsi banyak maklumat baru kepada seluruh dunia. Bagi mereka yang tidak tahu, World of Warcraft: Shadowlands akan mendapat content update besar bernama Chains of Domination, tetapi pada masa yang sama, World of Warcraft Classic juga menerima kandungan baru! Kandungan ini datang dalam bentuk expansion besar bernama Burning Crusade, yang akan dilancarkan pada tahun 2021. Malangnya, tarikh pelepasan rasmi tidak diberikan.
Burning Crusade Classic adalah replikasi yang dipenuhi dengan semua kandungan asli World of Warcraft Classic. Pemain boleh masuk ke Twisting Nether dan menjelajahi Outland, bertarung hingga ke level 70, membuka “mount” yang boleh terbang, dan bermain dua kaum tambahan: Blood Eve dan Draenei. Perlu diperhatikan bahawa expansion ini akan menambahkan dua jenis realm baru dalam permainan: Classic Era Realm dan Burning Crusade Classic Progression Realm.
Mereka yang ingin kekal di Azeroth boleh terus memainkan content update WoW Classic Shadow of the Necropolis di Classic Era realm, yang diberikan secara percuma. Peluang ini tersedia untuk semua watak. Sebaliknya, Progression realm akan menerima content update baru dan mempunyai semua ciri tambahan apabila WoW Burning Crusade Classic dilancarkan.
Seperti yang dinyatakan di atas, tarikh pelepasan untuk WoW Burning Crusade Classic tidak diumumkan, tetapi ramai yang mengharapkan maklumat ini didedahkan dalam masa terdekat. World of Warcraft Burning Crusade Classic sedang dibangunkan untuk PC. Untuk segala liputan kami tentang BlizzConline 2021, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post