Semasa acara BlizzConline yang diadakan Februari lalu, Blizzard telah mengumumkan patch Burning Crusade akan hadir ke World of Warcraft Classic. Ramai peminat WoW Classic telah mengharapkan kandungan baru untuk permainan kegemaran mereka dan menantikan info terbaru dari Blizzard. Baru-baru ini, syarikat tersebut tanpa sengaja telah mendedahkan sendiri mengenai tarikh pelancaran Burning Crusade Classic.
Maklumat ini diperolehi melalui subreddit WoW Classic, dimana seorang pengguna telah berkongsi screenshot iklan untuk patch ini di Battle.net. Iklan tersebut menyatakan patch tersebut akan dilancarkan pada 1 Jun ini, iaitu beberapa minggu sahaja lagi dari sekarang. Artikel yang dimuat naik oleh ‘Nonbread‘ menyatakan iklan ini diletakkan di halaman Heroes of the Storm, dan apabila dia menekan pautan tersebut, ianya terus ke laman World of Warcraft Classic.
Buat masa ini, para peminat WoW Classic masih berdebat tentang tarikh pelancaran tersebut. Beberapa pemain menyatakan tarikh itu sangat singkat untuk pre-patchnya, yang ditayangkan di vanilla WoW beberapa minggu sebelum patch itu dilancarkan. Ada juga yang menyatakan berita ini hanyalah palsu dari peminat.
World of Warcraft: The Burning Crusade Classic telah diumumkan semasa acara tahunan BlizzCon bersama beberapa trailer baru. Patch ini dijangkakan menjadi kawasan baru untuk para pemain dan dapat berjumpa dengan pemain lain yang memasuki The Dark Portal. Antara patch lain yang akan dilancarkan semula adalah seperti The Wrath of the Lich King dan Cataclysm.
Bagi peminat WoW Classic, anda boleh membaca temu ramah eksklusif kami bersama John Hight, penerbit Burning Crusade Classic. Anda juga boleh menekan pautan untuk mendapatkan liputan sebelum ini mengenai WoW Classic.
@gamersantaimy
Discussion about this post