Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bleach: Kisah sebenar di sebalik kematian ibu Ichigo, Kurosaki Masaki

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 30, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Bleach: Kisah sebenar di sebalik kematian ibu Ichigo, Kurosaki Masaki
Share on FacebookShare on Twitter

Anime Bleach: Thousand-Year Blood War menamatkan Part 1 dengan beberapa pendedahan besar yang sebelum ini kita tidak tahu, dan di episod terakhir, kita dapat tahu sebab sebenar ibu Ichigo, Kurosaki Masaki, meninggal dunia!

Sebelum ini, saya sudah menceritakan rumusan ringkas tentang finale Bleach: Thousand Year Blood War Part 1 di mana Ichigo dapat menempa pedang baru dan belajar tentang identiti ibu bapanya. Sebelum itu, dia kembali ke Bandar Karakura untuk mendapatkan jawapan sebenar, termasuk bagaimana ibunya dibunuh oleh seekor Hollow sedangkan kuasanya cukup kuat.

Bagaimana ibu Ichigo meninggal dunia?

Dalam episod 12, Kurosaki Isshin (ayah Ichigo) berhadapan Ichigo di rumah dan menjelaskan mengapa dia tidak pernah menceritakan hal sebenar tentang kematian Masaki sehinggalah hari ini.

Isshin kata bahawa Masaki tidak sepatutnya mati pada hari itu, lalu mendedahkan identiti sebenar isterinya sebagai keturunan Echt Quincy (Quincy yang berdarah tulen) sebelum bergabung dengan Hollow dan sebenarnya mempunyai kuasa Blut Vene yang luar biasa. Ini bermakna Masaki dengan mudah boleh mengalahkan Grand Fisher tanpa mengalami satu kecederaan. Jadi apa yang terjadi?

Masaki secara tiba-tiba hilang keupayaan untuk menggunakan kuasa Blut Vene ketika Grand Fisher menyerangnya. Ichigo, dalam keadaan terkejut, tanya bagaimana ini boleh berlaku. Isshin menjawab “Auswählen”.

Menurut penjelasan Isshin, Auswählen adalah “proses pemilihan” yang dijalankan oleh Yhwach di mana dia merompak kuasa Quincy yang dianggap tidak suci dan menjadikan kuasa itu miliknya. Auswählen juga adalah punca Katagiri Kanae (ibu Ishida Uryu) menjadi lemah, jatuh dalam koma lalu meninggal dunia manakala Masaki dibunuh oleh Grand Fisher demi melindungi Ichigo.


Jadi rupa-rupanya Yhwach juga memainkan peranan dalam kematian ibu Ichigo. Adakah Ichigo dapat membalas dendam? Kita lihat nanti dalam Bleach Thousand Year Blood War Part yang bakal ditayangkan pada Julai 2023. Untuk membaca segala liputan kami tentang Bleach, sila tekan pautan ini.

Tags: bleachichigoKurosaki Masaki
Previous Post

Stalker 2: Heart of Chernobyl dedah gameplay baru, akan keluar pada 2023!

Next Post

Senarai Siri dan Filem Anime Menarik Untuk Tontonan Pada Tahun 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Senarai Siri dan Filem Anime Menarik Untuk Tontonan Pada Tahun 2023!

Senarai Siri dan Filem Anime Menarik Untuk Tontonan Pada Tahun 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd