Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

BlazBlue Entropy Effect Akan Datang Mobile Pada 22 Julai 2025!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 9, 2025
in Action, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Roguelike
0 0
0
BlazBlue Entropy Effect Akan Datang Mobile Pada 22 Julai 2025!
Share on FacebookShare on Twitter

BlazBlue Entropy Effect, sebuah game aksi roguelite 2D yang mendapat pujian ramai hasil kolaborasi antara 91Act dan Arc System Works, bakal menggegarkan dunia mobile game mulai 22 Julai 2025.

Dilancarkan untuk iOS dan Android, cabang daripada siri fighting game terkenal BlazBlue ini menjanjikan pengalaman yang sama hebat seperti versi PC—yang mendapat 94% ulasan positif daripada lebih 26,000 pengguna di Steam—tetapi kini dioptimumkan untuk telefon pintar, tablet, dan peranti boleh lipat.

Berlatarbelakangkan masa depan dunia distopia, BlazBlue Entropy Effect Mobile membawa pemain menyelami dunia siberpunk yang hampir musnah. Anda akan mengawal robot ACER dan meneroka pusat maya dikenali sebagai ACE, menjalani misi yang membongkar cerita melalui serpihan peristiwa dan titik pemeriksaan Mind Upload.

Tidak seperti jalan cerita utama BlazBlue, versi ini mempersembahkan naratif baharu dengan pelbagai pengakhiran—termasuk “true ending”—yang boleh dicapai menerusi pilihan dialog dan interaksi.

Teras gameplay adalah sistem roguelite yang menggabungkan aksi pantas dengan strategi yang kompleks. Terdapat 14 watak unik bergelar “evotype”, masing-masing dengan gaya bertarung dan kebolehan tersendiri.

Dalam mod Mind Training, pemain akan diuji menentang gelombang musuh serta bos yang menakutkan, diakhiri dengan pertempuran klimaks melawan bos utama.

Antara ciri paling menarik dalam BlazBlue Entropy Effect ialah sistem Legacy yang membolehkan pemain berkongsi dan mendaftar abiliti antara watak, membolehkan pelbagai kombinasi strategi.

Sementara itu, sistem Entropy membenarkan tahap kesukaran dinaikkan dari 0 hingga 100 dengan pelbagai modifier seperti pemasa atau debuff, memberi cabaran dan ganjaran yang lebih tinggi kepada pemain yang berani.

Kawalan pertarungan juga sangat responsif, dengan sokongan penuh untuk controller serta kawalan sentuh yang boleh disesuaikan khas untuk peranti mobile.

Pemain boleh memilih antara tiga watak permulaan—Es, Mai, atau Hibiki—secara percuma. Watak tambahan boleh dibuka menggunakan mata wang dalam game yang dikenali sebagai “Analyzer”, diperoleh melalui gameplay biasa tanpa sebarang sistem gacha yang mengehadkan progress.

Anda juga boleh bermain bersama rakan dalam mod co-op sama ada secara online atau melalui LAN, atau memilih bermain solo untuk mengasah kemahiran anda.

Dengan tarikh pelancaran global yang semakin hampir, inilah masa terbaik untuk pradaftar di App Store atau Google Play. Jangan lepaskan peluang merasai antara game aksi terbaik tahun 2024 yang kini diolah semula khas untuk pengalaman mobile!

Tags: BlazBlue Entropy Effect Mobile
ShareTweetSend
Previous Post

Destiny 2 Buka Semua Expansion Secara Percuma Hingga 23 Julai!

Next Post

ASUS Malaysia Melancarkan Laptop Gaming Baharu Berkuasa RTX 5050, Kini Tersedia Bermula RM4,799

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
ASUS Malaysia Melancarkan Laptop Gaming Baharu Berkuasa RTX 5050, Kini Tersedia Bermula RM4,799

ASUS Malaysia Melancarkan Laptop Gaming Baharu Berkuasa RTX 5050, Kini Tersedia Bermula RM4,799

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd