Steam Awards 2024 memberi pengiktirafan besar kepada Black Myth: Wukong dengan tiga anugerah utama, menjadikannya salah satu game paling berpengaruh tahun ini.
Game dari China ini berjaya membawa pulang anugerah “Game of the Year“, “Best Game You Suck At“, dan “Outstanding Story-Rich Game“, menyerlahkan daya tarikannya yang luar biasa serta mutu pembangunannya yang tinggi.
The Steam Awards voting has come to a close.
— Steam (@Steam) December 31, 2024
Congratulations to all of the winners, including Black Myth: Wukong, Farming Simulator 25, Helldivers II, SILENT HILL 2, and more!
Check out the full list of winners – selected by you!https://t.co/UdUA4YRUWS
Black Myth: Wukong diilhamkan daripada novel klasik China, Journey to the West, dan membawa pemain dalam peranan sebagai Destined One. Dengan visual hebat, gameplay bergaya soulslike yang mencabar, serta naratif mendalam, game ini dengan pantas menambat hati pemain di seluruh dunia. Sebagai projek AAA pertama oleh Game Science, kejayaan ini menandakan pencapaian penting bagi industri gaming China di peringkat antarabangsa.

Kejayaan Black Myth: Wukong di Steam Awards hadir selepas pengalaman pahit manis di The Game Awards 2024. Meskipun menjadi pesaing utama dalam beberapa kategori termasuk Game of the Year, game ini akhirnya tewas kepada Astro Bot oleh Team Asobi. Kekalahan tersebut dirasakan oleh Game Science, di mana CEO Feng Ji meluahkan rasa kecewanya dan mempersoalkan kriteria penilaian GOTY.

Namun, Steam Awards memberikan harapan baru. Tidak seperti anugerah lain yang ditentukan oleh panel profesional, Steam Awards adalah sepenuhnya berdasarkan undian komuniti pemain Steam, menjadikan setiap pengiktirafan lebih bermakna.
Senarai Pemenang Lain di Steam Awards 2024
Dilancarkan oleh Valve pada tahun 2016, Steam Awards telah menjadi tradisi yang dinantikan oleh komuniti pemain PC. Anugerah ini bertepatan dengan jualan musim luruh dan musim sejuk Steam, membolehkan pengguna dengan akaun penuh mengundi game kegemaran mereka.
Pemenang tahun ini adalah seperti berikut:
- VR Game of the Year: Metro Awakening
- Labor of Love: ELDEN RING
- Better With Friends: HELLDIVERS 2
- Outstanding Visual Style: SILENT HILL 2
- Most Innovative Gameplay: Liar’s Bar
- Best Soundtrack: Red Dead Redemption
- Sit Back and Relax: Farming Simulator 25
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post