Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Black Myth: Wukong akan dilancarkan pada Musim Panas 2024, tema ‘Journey to the West’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 16, 2023
in Action, ARPG, Artikel, Berita, PC, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Black Myth: Wukong akan dilancarkan pada Musim Panas 2024, tema ‘Journey to the West’
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini kita dapat berita rasmi oleh pemaju Game Science bahawa game action RPG ‘Black Myth: Wukong‘ akan dilancarkan pada musim panas 2024. Pada masa yang sama, mereka memuat naik filem pendek sempena sambutan Tahun Baru Lunar yang mengesahkan tarikh keluaran bagi game tersebut.

Berikut adalah videonya:

Bagi mereka yang tidak tahu, Black Myth: Wukong dicipta berdasarkan novel klasik Cina ‘Journey to the West’ dan digambarkan sebagai game bergenre Soulslike. Di sini, pemain akan mengawal seekor monyet ala-ala Sun Wukong, yang digelar sebagai “The Destined One”, untuk melawan pelbagai jenis musuh mistik dan supernatural.

Apa yang membezakan Black Myth: Wukong dengan game soulslike lain adalah tema dan gameplay.

Disahkan oleh pemaju sendiri, Black Myth: Wukong mempunyai 72 kebolehan atau agiliti untuk digunakan. Pertama, Wukong memiliki kebolehan transformasi untuk berubah kepada pelbagai bentuk yang berguna untuk bergerak daripada lokasi ke lokasi atau di dalam pertarungan.

Kedua; selain daripada melemparkan tongkatnya seperti bumerang, Wukong juga memiliki kebolehan untuk menangkis projektil musuh. Dia juga mempunyai kebolehan lain seperti mendirikan pelindung yang dapat menghalang serangan musuh. Di samping itu, dia memikiki kebolehan khas ala-ala Naruto. Dengan mengambil helaian rambut lalu meniupnya, Wukong boleh menghasilkan beberapa salinan dirinya (rujukan kepada mitos asal).

Itu hanya sedikit daripada yang ditunjukkan, sedangkan ada berpuluh-puluh kuasa lain.

Buat masa ini, kita hanya dapat kepastian bahawa game ini akan dikeluarkan di PC sahaja tetapi kemungkinan besar ia turut akan disokong di dilancarkan di platform generasi seterusnya seperti PS5 dan Xbox Series. Beberapa bulan lepas, Game Science telah mengeluarkan video gameplay yang dirakam secara real-time dalam Unreal Engine yang menunjukkan grafik dan visual mampu menyokong teknologi NVIDIA DLSS dan ray-tracing.

Sekurang-kurangnya, kita dapat kepastian yang Black Myth: Wukong akan dilancarkan pada tahun 2024.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 2024Black Myth: Wukong
Previous Post

Siri pertama PlayStation Production dikeluarkan, The Last of Us kini tersedia di HBO Go!

Next Post

My Hero Academia: Bakugo Kembali Menjadi MVP Dalam Siri Anime!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!
Industri

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

July 3, 2025
Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!
Berita

Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!

July 3, 2025
Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!
Acara

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

July 3, 2025
Next Post
My Hero Academia: Bakugo Kembali Menjadi MVP Dalam Siri Anime!

My Hero Academia: Bakugo Kembali Menjadi MVP Dalam Siri Anime!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd