Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Black Clover – Senarai Pasangan Romantik Pada Finale! Ada Yang Mempunyai 7 Orang Anak!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 6, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Black Clover – Senarai Pasangan Romantik Pada Finale! Ada Yang Mempunyai 7 Orang Anak!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas 11 tahun, manga Black Clover karya Yuki Tabata secara rasmi telah tamat; dan bersamanya, kami mendapat pengesahan beberapa hubungan romantik yang telah lama dinanti-nantikan. Berikut adalah senarai pasangan yang telah disahkan pada penghujung siri ini:

Yami Sukehiro dan Charlotte Roselei

Ini mungkin hubungan yang paling dinanti-nantikan dalam keseluruhan siri, melibatkan Captain Black Bulls dan Captain Blue Rose. Charlotte sudah lama menyimpan perasaan secara diam-diam terhadap Yami yang “blur,” tetapi segalanya berubah semasa Spade Kingdom Raid apabila dia akhirnya meluahkan isi hati.

Bab akhir mengesahkan bahawa mereka tidak membuang masa selepas perang tamat. Mereka mula bercinta dengan segera, dan beberapa tahun kemudian, mereka sah bergelar suami isteri. Walaupun sudah berkahwin, Charlotte masih lagi tersipu-sipu, dan mengaku masih belum biasa memanggil Yami sebagai suaminya.

Finral Roulacase dan Finesse Calmreich

Perubahan Finral daripada seorang “kaki perempuan” kepada lelaki yang boleh dipercayai adalah antara perkembangan watak terbaik dalam siri. Selepas berbaik dengan adiknya, Langris, Finral bertekad untuk menjadi ketua keluarga Vaude demi melayakkan dirinya berkahwin dengan Finesse.

Dua tahun selepas perang tamat, si “pemalas” ini telah membuktikan kesungguhannya. Bab terakhir mendedahkan bahawa Finral dan Finesse kini sudah berkahwin. Bukan itu sahaja, mereka juga sedang menantikan kelahiran cahaya mata pertama.

Rill Boismortier dan Charmy Pappitson

Satu kejutan yang tidak disangka-sangka, Rill dan Charmy nampaknya bersama. Rill mula tertarik dengan Charmy bermula apabila dia dikalahkan oleh Charmy (dalam bentuk Food Magic) semasa Elf Reincarnation arc, walaupun tidak menyedari siapa sebenarnya wanita itu pada masa tersebut.

Sementara itu, Charmy pula telah bertahun-tahun mengejar Yuno.

Bab penutup mendedahkan bahawa Rill dan Charmy bukan sahaja pasangan kekasih, malah sudah mempunyai tujuh orang anak! Charmy nampaknya sedar bahawa menjadi pihak yang “dikejar” jauh lebih memuaskan daripada menjadi “pengejar.”

Gauche Adlai dan Grey

Hubungan Gauche dan Grey semakin rapat semasa mereka bertarung bersama dalam beberapa arc terakhir. Lebih menarik lagi, adik Gauche sendiri iaitu Marie yang mendorong mereka ke arah ini.

Semasa Marie bertolak untuk menduduki peperiksaan Magic Knights, dia memberitahu abangnya yang terlalu protektif itu supaya berhenti obses terhadapnya dan keluar temu janji dengan Grey.

Marie berkata bahawa Gauche sangat beruntung kerana menemui seseorang yang sanggup melayan “sister complex” miliknya. Walaupun belum berkahwin, bab finale menjelaskan bahawa mereka kini sedang menuju ke arah hubungan romantik yang serius.

Lolopechka dan Gaja

Pemerintah Heart Kingdom juga telah menemui pengakhiran bahagia. Luahan Gaja semasa pertarungan menentang Megicula adalah antara detik penting dalam Spade Kingdom arc, yang membuatkan peminat tertanya-tanya jika si Ratu akan membalas perasaan tersebut.

Finale mengesahkan bahawa mereka telah berkahwin dan kini hidup bahagia di Heart Kingdom.

Mars dan Fana

Mars dan Fana merupakan watak penting bagi jalan cerita Diamond Kingdom, dan hubungan mereka sebenarnya sudah “hampir pasti” sejak Elf arc lagi. Bab finale memberikan pengesahan terakhir dengan menunjukkan pasangan zaman kanak-kanak ini di majlis perkahwinan yang besar di Diamond Kingdom.

Selepas segala penderitaan yang mereka lalui sebagai bahan eksperimen dan musuh negara, melihat mereka menemui kebahagiaan bersama adalah antara momen emosi dalam epilog ini.

Mereoleona Vermillion dan Yosuga Musyogatake

Pasangan paling mengejutkan dalam finale ini adalah satu gandingan yang tidak diduga oleh kami. Semasa di Land of the Sun, Asta diminta oleh Yosuga untuk memperkenalkannya kepada seorang “wanita garang” yang menggunakan magik api. Asta terus teringat kepada wanita paling kuat yang dia kenali: Mereoleona.

Bab-bab terakhir menunjukkan bahawa mereka berdua memang sudah bertemu. Tetapi, mereka dilihat sedang menguji kekuatan satu sama lain dalam pertarungan.

Tags: Black Clover
ShareTweetSend
Previous Post

Selepas 14 Tahun, Manga ‘Seraph of the End’ Umum Bakal Berakhir!

Next Post

Stranger Than Heaven – Tarikh Keluar, Barisan Pelakon Hebat, & Gameplay Didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Stranger Than Heaven – Tarikh Keluar, Barisan Pelakon Hebat, & Gameplay Didedahkan!

Stranger Than Heaven - Tarikh Keluar, Barisan Pelakon Hebat, & Gameplay Didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd