Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Black Clover – Pendedahan terbesar bersama Humanity True Form Lucius!

safwan by safwan
August 22, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Black Clover – Pendedahan terbesar bersama Humanity True Form Lucius!

Sumber: Twitter @iluvluvnutella

Share on FacebookShare on Twitter

Pada bab yang lepas, tidak banyak perkara penting yang berlaku kecuali asal usul Lucius di mana dia mempunyai dua jiwa dalam satu badan. Disebabkan perkara itu, dia mempunyai dua identiti iaitu Lucius dan Julius. Manakala dalam bab 334 manga Black Clover, Tabata telah mendedahkan pelbagai rahsia yang menyelubungi Lucius sepanjang siri ini.

Amaran: Berikut mengandungi spoiler untuk Black Clover bab 334 “Fragile Soul”

Devil Union

Black Clover Lucius
Sumber: Shueisha

Tidak seperti sebelum ini, Asta hanya dapat menggunakan Devil Union hanya selama 5 minit. Hasil daripada time-skip selama satu tahun, Asta dapat melatih dirinya dengan menggunakan Devil Union pada bahagian tertentu sahaja dan tidak keseluruhan badannya.

Dalam pengawalan bab, Asta telah menunjukkan rupa bentuk Devil Union baharu di mana dia hanya memfokuskan kepada bahagian tangan kanannya sahaja. Dengan usaha keras yang dilakukan Asta, kini Devil Union boleh digunakan selama 10 minit. Namun, bahagian yang tidak dilindungi oleh Devil Union akan terdedah kepada sebarang serangan daripada Lucius.

Black Clover Lucius
Sumber: Shueisha

Pertarungan berlangsung dengan rancak, Asta dan Lucius masing-masing membalas serangan. Tetapi apabila Lucius membuat serangan kepada Asta, Asta langsung tidak menerima sebarang kesan termasuk serangan di mana Lucius menyentuh Asta untuk mengubah jiwanya.

Hal ini kerana, Asta mempunyai kuasa Anti-Magic yang dapat membatalkan semua serangan magic kepadanya. Lalu, Lucius menukar rancangan untuk menggunakan serangan tanpa magic yang hanya berkesan terhadap Asta. Serangan tanpa magic yang dilakukan oleh Lucius telah menghancurkan sebahagian daripada bangunan dan nampak sangat kuat.

Black Clover Lucius
Sumber: Shueisha

Asta membalas serangan demi serangan sehingga Lucius menunjukkan rupanya yang sebenar.

Rupa baharu & kuasa magic Lucius

Black Clover Lucius
Sumber: Shueisha

Semasa bertarung dengan Asta, Lucius nampaknya terpaksa mengeluarkan rupa baharunya yang dipanggil “Humanity True Form”. Daripada grimoire yang tidak bermuka hadapan, kini ia telah sebuah buku yang lengkap dengan muka hadapan dan isinya juga tebal.

Rupa baharu Lucius kini mempunyai tanduk seperti rusa, mempunyai enam kepak di belakang seperti dewa, dan rupanya sangat lain. Ini merupakan kali pertama Tabata menunjukkan rupa terbaru dalam siri kali ini selain Devil Union form.

Black Clover Lucius
Sumber: Shueisha

Bagi mencuba kuasa dengan “Humanity True Form”, Lucius teleport ke Sister Lily dan sekali gus mengambilnya sebagai tebusan. Gerakan yang dilakukan Lucius telah meninggalkan Asta ke belakang dan tidak mampu berbuat apa-apa.

Lucius mendedahkan kuasa magic dengan menukar Sister Lily kepada “Humanity True Form” yang menampilkan rupa bentuk yang hampir sama seperti Lucius. Dia yang mempunyai Soul Magic akan menukar sesiapa sahaja sejurus dia menyentuh. Lucius mengatakan yang jiwa adalah sumber kepada kehidupan, magic dan spirit.

Black Clover Lucius
Sumber: Shueisha

Selepas Sister Lily ditukar kepada Humanity True Form, dia langsung berkata “Asta, demi keamanan dunia. Tolong mati.” Siapa sahaja tidak sedih kalau orang yang paling dicintai berubah sekali gus dengan memberikan kata-kata seperti itu. Dengan Asta tidak dapat berbuat apa-apa dan tergamam dengan kelakuan yang dilakukan oleh Lucius, dia terus diserang oleh Lucius dengan hanya satu “slash” sahaja.

Sumber: Shueisha

Bab Black Clover kali ini, berakhir dengan Asta jatuh daripada langit selepas menerima serangan yang sangat dahsyat daripada Lucius dan mungkin agak sukar untuk dia pulih. Apapun, harapnya Tabata dapat mengeluarkan senjata rahsia yang membuatkan Asta kembali dengan lebih kuat dan berkuasa. Dalam bab seterusnya, mungkin kita akan nampak lebih banyak hasil daripada time-skip yang berlaku selepas arc Spade Kingdom Raid.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai anime, filem, game dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Black CloverDevil UnionHumanity True Form
Previous Post

Rainbow Six Operation League SEA 2022 – Autumn kembali dengan ganjaran 20K USD, daftar pasukan sekarang!

Next Post

Pahlawan negara Mat Kilau kini tersedia dalam King of Nations

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Pahlawan negara Mat Kilau kini tersedia dalam King of Nations

Pahlawan negara Mat Kilau kini tersedia dalam King of Nations

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd