Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Black Clover #301: Noelle akhirnya mendedahkan perasaan sebenar untuk Asta!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 2, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Black Clover #301: Noelle akhirnya mendedahkan perasaan sebenar untuk Asta!
Share on FacebookShare on Twitter

Manga Black Clover bab #301 akhirnya mendedahkan perasaan sebenar Noelle kepada Asta dengan kisah terbaru dalam siri! Peperangan mencapai tahap klimaks di Spade Kingdom, dan Noelle tetap berjuang melawan walaupun hanya dia sahaja yang masih berdiri dalam pertarungannya dengan Megicula. Keadaan bertambah teruk apabila Noelle menghabiskan kuasa Saint Stage tetapi dia masih enggan menyerah kerana ingat akan Asta. Harap maklum! Terdapat spoiler untuk Black Clover bab #301 di bawah.

Dalam bab sebelum, Asta tiba pada saat-saat terakhir untuk menyelamatkan Noelle. Dalam keadaan terlalu gembira, Noelle tidak dapat menahan air mata semasa melihat Asta. Hurm manisnya.. Kita teruskan kepada bab terbaru dan di sini, Noelle mula memahami perasaan sebenarnya terhadap Asta, dan perasaan itu sebenarnya adalah cinta. Ya benar kawan-kawan sekalian! Noelle sebenarnya cintakan Asta!

Dalam bab #301, pembaca boleh menyaksikan Asta menyelamatkan Lolopechka dari sihir jahat Megicula. Setelah menyelamatkan keadaan, Asta mengaku bahawa (kerana kecederaan yang dialami dan kekurangan stamina untuk menggunakan Devil Union), dirinya “buat masa ini tidak berguna” dan menaruhkan semua harapan pada Noelle untuk menamatkan pertarungan. Noelle tahu bahawa Asta sanggup buat apa sahaja untuk datang membantu, dan sedar “apabila dirinya memikirkan tentang Asta, ia memberikan kekuatan kepada Noelle untuk terus bertahan.”

Walaupun selama ini, dia tidak ingin mengaku, Noelle tahu maksud perasaan itu dan mengapa ia sangat mendalam. Pada masa ini, Noelle sedar bahawa dia mencintai Asta. Malangnya, sesi meluahkan perasaan ini harus ditangguhkan kerana dia harus berhadapan dengan Megicula dahulu. Tanpa bantuan Asta, Noelle harus memberikan segala kudrat nya untuk membunuh Megicula selama-lamanya.

Agaknya apa yang akan dilakukan oleh Noelle apabila semua ini selesai. Adakah dia akan meluahkan cintanya kepada Asta depan-depan? Kongsikan pendapat anda di ruang komen sekarang! Untuk segala liputan kami tentang Black Clover, sila tekan pautan ini.

Sumber – Shueisha MangaPlus

Tags: AstaBlack Clovercintamanganoelle
Previous Post

Siri anime Tamiya klasik Bakuso Kyodai Let’s & Go!! bakal menerima game mobile dari NetEase

Next Post

Dari mobile kini ke PC dan Konsol! Nantikan kehadiran BLACKPINK kolaborasi bersama PUBG Ogos ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Dari mobile kini ke PC dan Konsol! Nantikan kehadiran BLACKPINK kolaborasi bersama PUBG Ogos ini!

Dari mobile kini ke PC dan Konsol! Nantikan kehadiran BLACKPINK kolaborasi bersama PUBG Ogos ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd