Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Black Clover: Asal Usul sebenar Kapten Black Bull, Yami Sukehiro

safwan by safwan
February 28, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Bimbingan, Fakta & Trivia, Manga, Panduan
0 0
0
Black Clover: Asal Usul sebenar Kapten Black Bull, Yami Sukehiro

Sumber: Deviantart @Escanor54

Share on FacebookShare on Twitter

Buat masa sekarang, Black Clover telah meliputi hampir keseluruhan arc Land of the Sun di mana ia merangkumi asal usul kapten Yami Sukehiro secara keseluruhannya. Jadi, dengan maklumat yang telah didedahkan sepanjang siri manga Black Clover, ini adalah masa yang terbaik untuk kami kongsikan asal usul Yami Sukehiro.

Jadi, tanpa melengahkan masa lagi jom kita pergi secara ringkas di bawah.

Asal Usul Yami Sukehiro

Yami Sukehiro telah dilahirkan di Land of the Sun dan merupakan anak sulung kepada orang kuat Yami Clan. Memandangkan dia lahir dalam Yami Clan yang terkenal dengan sejarahnya sebagai assassins di Land of the Sun dan berkhidmat sebagai pelindung Goshu di bawah Ryudo Clan, dia telah dilatih menggunakan pedang sejak kecil lagi.

Sumber: MangaPlus

Walaupun setiap hari dilatih oleh bapanya, dia kelihatan tidak begitu tertarik untuk mengambil alih Yami Clan seperti yang diimpikan oleh bapanya. Tetapi, dia telah menunjukkan potensinya semasa mempertahankan adiknya Ichika dalam bab 342 dan bapanya percaya yang dia akan menjadi salah seorang yang paling kuat dalam Yami Clan.

Walau bagaimanapun, dia langsung tidak mengendahkan apa yang bapanya kata dan lebih berminat untuk pergi memancing. Walaupun masih kanak-kanak, Yami mempunyai bakat yang mendalam tentang memancing sehingga dapat membawa naik seekor ikan besar yang sangat jarang didapati iaitu Oni Puffer-Fish.

Ketika Yami berumur 13 tahun, bapanya tiba-tiba rasa tidak berpuas hati dengan keadaan klan yang aman. Jadi, dia menawarkan satu pil rahsia Yami Clan (kikongan) kepada Yami untuk mendorong keadaan yang dahagakan darah dan mengeluarkan semua magic yang terpendam secara paksa.

Sumber: Manga Plus

Namun, Ichika menghalangnya bapanya untuk memberikan pil tersebut kepada Yami. Lalu, bapanya memasukkan pil tersebut ke dalam mulut Ichika dan tanpa sedar, Ichika telah membunuh keseluruhan Yami Clan kecuali abangnya Yami Sukehiro lalu tumbang tidak sedarkan diri selepas kepenatan.

Sumber: MangaPlus

Dengan bantuan Ryuya Ryudo, Yami Sukehiro menyembunyikan kebenaran ini daripadanya dan menyalahkan dirinya atas pembunuhan Yami Clan. Selepas itu, Yami telah beredar dari Land of the Sun dengan menaiki sampan kecil bersama sebatang joran dan akhirnya terdampar di pantai Clover Kingdom.


Jadi, itulah latar belakang macam mana Yami Sukehiro boleh tersesat hingga ke Clover Kingdom. Apapun, sebagai peminat Black Clover, saya tidak sabar untuk melihat Yami Sukehiro berjumpa kembali adiknya Yami Ichika selepas lebih 10 tahun tidak berjumpa.

Itu sahaja yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Nantikan liputan berkenaan manga Black Clover setiap hari Isnin daripada kami. Untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai Black Clover, sila klik pautan ini.

Tags: Black CloverYami IchikaYami Sukehiro
Previous Post

Fan Screening Suzume Akan Tayang 5 Mac Ini di Malaysia! Tiket Bermula RM 120!

Next Post

Barisan Game Baru Yang Anda Boleh Main Sepanjang Mac 2023!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Barisan Game Baru Yang Anda Boleh Main Sepanjang Mac 2023!

Barisan Game Baru Yang Anda Boleh Main Sepanjang Mac 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd