Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Black Adam bakal ditayangkan di Malaysia pada 21 Oktober 2022!

safwan by safwan
June 8, 2022
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Black Adam bakal ditayangkan di Malaysia pada 21 Oktober 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

GSC mengumumkan filem Black Adam yang dilakonkan oleh Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock akan ditayangkan di seluruh Malaysia pada 21 Oktober 2022 bersama poster baharu melalui posting di media sosialnya.

First poster arrives. ⚡️ Dwayne The Rock Johnson’s DC #BlackAdam coming to GSC this October! pic.twitter.com/7YH8XI1TLG

— GSC (@GSCinemas) June 7, 2022

Poster itu menggambarkan Black Adam yang dilakonkan oleh Dwayne Johnson, memakai sut hitamnya dengan panahan kilat di dada. Poster itu juga menambah slogan baharu pada filem itu, yang berlatarkan sejarah gelap watak dan status anti-hero. “The World Needed A Hero, It Got Black Adam.”

Sebelum ini, pelakon utama filem ini telah banyak mengongsikan berkenaan Black Adam melalui posting-nya di Twitter dengan berkata bahawa trailer baharu akan dikeluarkan esok. Dia juga mengeluarkan 2 poster yang menampilkan Black Adam, Hawkman, Dr. Fate, Cyclone dan Atom Smasher.

Bagi sesiapa yang tidak tahu tentang filem ini, Black Adam mengisahkan tentang seorang anti-hero Mesir yang melarikan diri dari penjara selepas 5,000 tahun. Filem ini telah dibangunkan selama lebih sedekad dengan Johnson yang telah terikat pada projek ini sejak tahun 2007. Selepas banyak kali ditunda, akhirnya Warner Bros. dan DC Extended Universe menghidupkan kembali projek ini.

Walaupun begitu, DC dan Warner Bros. terpaksa mencari jalan untuk menghubungkan jalan cerita antara Black Adam dan Shazam. Ini merupakan sekuel kepada Shazam yang telah ditayangkan pada 2019.

Bersama Black Adam terdapat hero dari Justice Society of America, yang merangkumi Noah Centineo sebagai Atom Smasher, Aldis Hodge sebagai Hawkman, Quintessa Swindell sebagai Cyclone, Sarah Shahi sebagai Adrianna Tomaz aka Isis dan Pierce Brosnan sebagai Doctor Fate. Terdapat juga barisan pelakon lain termasuk Marwan Kenzari, James Cusati-Moyer, Bodhi Sabongui, Mo Amer dan Uli Latukefu.

Black Adam Malaysia

Saya ingin mengingatkan anda, bahawa trailer baharu filem ini akan ditayangkan esok. Jadi mari kita sama-sama nantikan trailer tersebut. Filem ini telah lama dirancang dan kami harapkan dengan penangguhan itu, ianya akan berbaloi. Black Adam akan ditayangkan pada 21 Oktober 2022 di seluruh Malaysia.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi dari kami.

Tags: Black Adam
Previous Post

Game MOBA Honor of Kings akan dilancarkan secara global pada 2022

Next Post

Bend Studio dedahkan game Open World Co-op terbaru, Logo studio juga telah bertukar

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Bend Studio dedahkan game Open World Co-op terbaru, Logo studio juga telah bertukar

Bend Studio dedahkan game Open World Co-op terbaru, Logo studio juga telah bertukar

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd