Civilization VI secara rasmi diumumkan sebagai permainan video percuma seterusnya di Epic Games Store. Ini diikuti oleh tawaran percuma Grand Theft Auto V yang sangat popular pada minggu lepas. Sebagai permainan misteri kedua yang diumumkan, tempoh percuma Civilization VI akan tamat pada 28 Mei, minggu depan.
Memandangkan Civilization VI cukup popular, orang ramai yang berminat boleh pergi ke halam Epic Games Store dan menebus game ini tanpa sebarang masalah. Peringatan ya! Game percuma di Epic Games Store berlaku hanya boleh ditebus dalam tempoh satu minggu. Selepas itu, ia akan kembali pada harga biasa dan harus dibeli. Tawaran ini hanya untuk pemain PC dan permainan yang ditebus akan dimasukkan ke akaun Epic Games Store anda.
Rumusan rasmi Civilization VI:
“Asalnya dicipta oleh pereka legenda, Sid Meier, Civilization adalah permainan turn-based strategy di mana anda ditugaskan untuk membina sebuah tamadun kuno. Jadilah seorang pemimpin dunia dengan membangun dan memimpin tamadun anda bermula dari zaman batu hingga ke zaman moden. Berperang, berdiplomasi, memajukan budaya, dan bertarung dengan pemimpin terhebat dalam sejarah ketika anda berusaha untuk membina tamadun terhebat dalam dunia”.
“Civilization VI menawarkan cara baru untuk berinteraksi dengan dunia anda: bandar-bandar kini boleh berkembang secara fizikal di seluruh peta, penyelidikan yang aktif dalam teknologi dan mempelajari budaya lain boleh membuka potensi baru, serta pemimpin lain akan meneruskan agenda sendiri berdasarkan sejarah mereka ketika anda bersaing untuk mencapai kemenangan”.
Civilization VI boleh didapati secara percuma sekarang di Epic Games Store dan tawaran akan bertahan sehingga minggu depan pada 28 Mei 11:00 ET.
@gamersantaimy
Discussion about this post