Selepas kejayaan Injustice di pelantar mudah alih, kini kita ada permainan video baru berkisarkan dunia superhero kegemaran kami! DC Battle Arena adalah permainan video pertempuran multiplayer masa nyata yang menampilkan wira-wira ikonik DC dan dibangunkan oleh Electrical Soul BBQ Studio dengan kerjasama DC.
Di DC Battle Arena, anda boleh bermain sebagai Superman, Batman, Wonder Woman, dan banyak lagi watak! Fokus utama adalah untuk belajar kemahiran khas setiap wira dan berlawan dengan pemain-pemain lain di seluruh dunia untuk melihat siapa yang akan muncul sebagai juara. Adakah anda sudah bersedia?
Fitur-fitur utama:
- Permainan video ini menampilkan wira-wira daripada dunia DC sebagai watak yang boleh dimainkan Antaranya ialah Superman, Batman, Wonder Woman, Harley Quinn, Green Lantern, Nightwing, dan lain-lain.
- Libatkan diri dalam siri pertempuran hebat dan pamerkan strategi anda untuk memenangi pertempuran pantas demi membuka peralatan baru.
- Bekerjasama dengan rakan anda dalam pertarungan 2 v 2 v 2. Bekerjasama dalam masa nyata dengan pemain daripada seluruh dunia, kalahkan strategi pihak lawan, dan ketuai carta PvP global.
- Satukan pasukan terhebat dengan wira-wira DC kegemaran anda. Ikuti misi harian untuk menerima hadiah dan membuka watak-watak baru semasa untuk membina pasukan impian anda.
Jika berminat, muat turun menggunakan pautan di bawah:
@gamersantaimy
Discussion about this post