Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

BIC Festival 2026 – ‘GARBAGE COUNTRY’ Rangkul Grand Prix, ‘Yūrei’ Raih Rising Star

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 17, 2026
in Acara, Anugerah, Artikel, Berita, Indie
0 0
0
BIC Festival 2026 – ‘GARBAGE COUNTRY’ Rangkul Grand Prix, ‘Yūrei’ Raih Rising Star
Share on FacebookShare on Twitter

Busan Indie Connect Festival (BIC) 2026 telah mengakhiri pameran fizikalnya di pusat konvensyen BEXCO, Korea Selatan, dengan mengetengahkan antara judul game indie akan datang yang paling kreatif di dunia.

Daripada ratusan penyertaan dari seluruh dunia, game bergenre post-apocalyptic driving adventure, GARBAGE COUNTRY, berjaya merangkul anugerah utama Grand Prix, manakala judul narrative adventure Yūrei pula memenangi anugerah tertinggi Rising Star dalam kategori Rookie.

General Division

𝗕𝗜𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗔𝗪𝗔𝗥𝗗𝗦 𝗪𝗜𝗡𝗡𝗘𝗥
𝗚𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝗹 𝗗𝗶𝘃𝗶𝘀𝗶𝗼𝗻

부산인디커넥트페스티벌 2026 일반부문 수상작 & 파이널리스트 🏆✨

수상하신 모든 스튜디오 및 개발자분들, 진심으로 축하드립니다!

Introducing the winners and finalists of the General Division at BIC 2026.… pic.twitter.com/uNHzvuDUDE

— BIC Festival 2026 (@BIC_Festival) August 16, 2026

Kategori General Division menyaksikan persaingan sengit dalam kalangan pembangun veteran, dengan pengiktirafan tertinggi diberikan kepada judul-judul yang berjaya mencabar batas seni visual dan mekanik gameplay:

  • Grand Prix: GARBAGE COUNTRY (oleh Noio)
    • Dihasilkan oleh pembangun indie dari Belanda, Thomas van den Berg (pencipta judul popular seperti Kingdom dan Cloud Gardens), GARBAGE COUNTRY berjaya membawa pulang anugerah utama festival ini. Menggabungkan penerokaan kenderaan off-road dengan elemen top-down tower defence di kawasan dunia terbiar, game ini memenangi hadiah wang tunai sebanyak ₩10 juta (sekitar RM28,000) berserta jaminan slot booth percuma untuk acara tahun hadapan.
  • Jury Prize: Tokatonton: One-Armed Blacksmith (oleh Semo Games)
    • Diberi penghormatan atas penceritaan naratif yang unik dan pelaksanaan mekanik yang hebat, judul ini berjaya meraih pengiktirafan berprestij daripada barisan juri.
  • Excellence in Art: Finding Polka (oleh lidlocks)
    • Dipuji oleh barisan juri atas identiti visualnya yang memukau dan sentuhan estetika yang kemas.
  • Excellence in Game Design: Necrosweeper (oleh Studio Ahn)
    • Diiktiraf kerana berjaya mengubah mekanik gameplay yang bijak menjadi sebuah pengalaman bermain yang sangat mengasyikkan.

Rookie Division

𝗕𝗜𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗔𝗪𝗔𝗥𝗗𝗦 𝗪𝗜𝗡𝗡𝗘𝗥
𝗥𝗼𝗼𝗸𝗶𝗲 𝗗𝗶𝘃𝗶𝘀𝗶𝗼𝗻

부산인디커넥트페스티벌 2026 루키부문 수상작 & 파이널리스트 🏆✨

수상하신 모든 스튜디오 및 개발자분들, 진심으로 축하드립니다!

Introducing the winners and finalists of the Rookie Division at BIC 2026.… pic.twitter.com/XifP03aWKt

— BIC Festival 2026 (@BIC_Festival) August 16, 2026

Kategori Rookie Division yang dikhususkan untuk pembangun pelajar dan pasukan baharu pula memperlihatkan daya kreativiti yang cukup mengagumkan:

  • Rising Star Award: Yūrei (oleh Team Yūrei)
    • Meraih anugerah tertinggi dalam kategori Rookie, Yūrei memikat hati para juri melalui konsep seorang pelukis manga yang terperangkap di dalam lukisannya sendiri yang belum selesai, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak ₩5 juta.
  • Jury Prize: UpBRELLA (oleh AbleYou)
    • Mendapat pujian juri atas premis jalan cerita yang kreatif dan mekanik permainannya yang inovatif.
  • Pemenang Berganda (Excellence in Art & Game Design): Soom (oleh Smallboots)
    • Studio Smallboots mencipta kejayaan berganda dengan menyapu bersih dua kategori utama menerusi persembahan seni visual yang menakjubkan dan reka bentuk game design yang luar biasa.

Bagi peminat game di Malaysia yang ingin mencuba sendiri judul-judul pemenang anugerah ini, anda tidak perlu terbang ke Korea Selatan. Walaupun pameran fizikal di Busan telah berakhir pada hujung minggu lalu, BIC 2026 Online Festival masih berlangsung sehingga 28 Ogos 2026. Para gamers boleh meneroka showcase rasmi dan memuat turun playable demo secara terus melalui laman web rasmi BIC Festival serta halaman acara Steam yang terlibat.

Tags: BIC Festival 2026
ShareTweetSend
Previous Post

BIC x Google Play Indie Fest Awards 2026 – Senarai Penuh Pemenang

Next Post

Reboot ‘X-Men’ Akan Temui Penonton Mei 2028, Marvel Dedah Barisan Pelakon Utama

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Reboot ‘X-Men’ Akan Temui Penonton Mei 2028, Marvel Dedah Barisan Pelakon Utama

Reboot ‘X-Men’ Akan Temui Penonton Mei 2028, Marvel Dedah Barisan Pelakon Utama

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd