Hari ini, HoYoverse telah mengumumkan tarikh permulaan ujian beta tertutup kedua untuk aksi RPG fantasi ‘Zenless Zone Zero‘. Ujian beta ini, juga dikenali sebagai “Equalizing Test” akan dijalankan di platform PC, iOS dan Android dan akan bermula pada 11 November 2023 jam 11:00pm.
Jika berminat, anda boleh pra-daftar sekarang di laman web rasmi permainan sebelum pendaftaran ditutup hari ini pada jam 23:59.
Zenless Zone Zero ialah ARPG fantasi urban serba baharu oleh HoYoverse. Dalam cerita permainan, tamadun kontemporari telah dimusnahkan oleh bencana ghaib yang dikenali sebagai Hollows. Di tengah-tengah malapetaka yang melanda ini, bandar New Eridu telah bangkit menentang ancaman ini dengan memanfaatkan teknologi dan sumber yang diperlukan untuk memerangi bencana Hollow, dan secara beransur-ansur berkembang menjadi harapan terakhir tamadun moden.

Pemain akan mengambil peranan sebagai Proxy — profesional yang pakar dalam membimbing orang dalam penerokaan Hollows mereka, dan memulakan pengembaraan dengan sekumpulan sahabat unik untuk menakluki musuh yang tidak dikenali dan membongkar misteri di sebalik New Eridu.

Game ini menampilkan IP sendiri dan penceritaan naratif bercampur. Dalam beta terbaru, pemain akan dapat meneroka kisah baharu yang fokus pada Belobog Heavy Industries—salah satu faction utama dalam permainan. Memanfaatkan mekanik gameplay urban, pemain akan dapat menyiasat Proxy Network yang dikenali sebagai Inter-Knot dan menerima misi luar biasa atau bermain permainan arked dengan rakan-rakan, haiwan kesayangan dan berkeliaran di sekitar Sixth Street yang meriah.

Zenless Zone Zero juga menampilkan gaya seni dan muzik unik yang menguatkan rasa keasyikan audio-visual. Dalam beta tertutup akan datang, bandar New Eridu akan dirombak lagi dengan kemas kini skala penuh berdasarkan beta sebelum. Senarai lagu permainan juga lebih moden, bertenaga dan groovy. Selain itu, tiga watak baharu, masing-masing dengan latar belakang dan daya tarikan yang unik, akan datang ke New Eridu untuk bekerjasama dengan pemain.

Pada masa yang sama, pemaju ingin mengukuhkan impak dan irama animasi pertempuran dengan memperkenalkan mekanik Perfect Assist. Tambahan ini membuatkan permainan lebih user-friendly untuk pemain baru yang tida biasa dengan game aksi aksi. Selain itu, ia memperkenalkan challenge mode baru – Hollow Zero, yang bukan sahaja berfungsi sebagai kisah yang penting dalam jalan cerita tetapi juga direka untuk memenuhi jangkaan pengalaman pertempuran bagi pemain aksi veteran.
Zenless Zone Zero akan tersedia untuk konsol, PC dan mobile – tarikh keluaran masih belum diumumkan tetapi ujian beta akan bermula pada 24 November nanti.
Dapatkan segala berita kami tentang game ini di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post