Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Beta Pokémon TCG Live kini tersedia di Mobile & PC! Download sekarang!

safwan by safwan
November 17, 2022
in Android, Artikel, Berita, Game Baru, iOS, Kad Strategi, Mobile, PC
0 0
0
Beta Pokémon TCG Live kini tersedia di Mobile & PC! Download sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mengadakan ujian “Open Beta” di beberapa negara pada bulan lepas, Pokémon Trading Card Game (TCG) Live Beta kini tersedia di seluruh dunia termasuk Malaysia! Ia tersedia pada platform mobile iOS & Android dan juga PC Windows dan Mac.

Diumumkan pada September 2021, ia secara langsung telah menggantikan versi original yang dilancarkan pada tahun 2010 iaitu Pokémon TCG Online. Dengan adanya Pokémon TCG Live, para peminat boleh mengumpul, berdagang (trade) dan bertarung dengan peminat lain di dunia digital.

Selain mengumpul dan berdagang kad yang anda ada, game ini juga menampilkan perlawanan secara online melalui mode Rank dan juga Casual. Jadi, anda berpeluang untuk menemui pemain lain dari seluruh dunia. Apa yang lebih menarik adalah anda boleh ubah suai watak di mana mereka sediakan beberapa rupa bentuk yang sangat menarik termasuk kepala, rambut, pakaian dan macam-macam lagi.

Sudah menjadi seperti “trend” game sekarang di mana mereka akan menggunakan Battle Pass untuk memberikan pemain lebih banyak ganjaran bukan semata menghabiskan masa untuk menyelesaikan misi sahaja. Battle Pass dalam game ini juga terdapat dalam dua bentuk iaitu percuma dan juga Premium (berbayar).

Pelbagai ganjaran yang diberikan seperti termasuk Credit, Crystal, Coin, Pack kad dan macam-macam lagi yang mereka sediakan. Melalui “Daily Quest”, anda akan menerima XP Battle Pass dan Coin. Jika berminat untuk mendapatkan kad-kad lain, anda boleh pergi ke “Store” dan cari yang diminati. Perlu beringat ya, ianya adalah gacha.

Saya ingin mengingatkan anda sekali lagi bahawa Pokémon TCG Live kini tersedia secara percuma di mobile (iOS & Android) dan juga PC (Windows & Mac). Jadi kepada sesiapa yang berminat, korang boleh download di bawah.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Pokemon TCG Live
Previous Post

CoD: Warzone 2 akhirnya tersedia untuk konsol & PC, muat turun sekarang!

Next Post

Blizzard tamatkan kontrak dengan NetEase selepas 14 tahun, China rugi besar!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan
Mobile

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan

July 20, 2026
Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan
Berita

Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan

July 20, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
Next Post
Blizzard tamatkan kontrak dengan NetEase selepas 14 tahun, China rugi besar!

Blizzard tamatkan kontrak dengan NetEase selepas 14 tahun, China rugi besar!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd