Bertarung di langit dalam Kick-Flight! Game action mutiplayer terhangat di mobile!

Pre-register sekarang di Android & iOS!

Kick-Flight adalah permainan mobile action multiplayer yang dibangunkan oleh developer Drenge,Inc. Ia dijangka akan keluar pada lewat Januari ini untuk kedua-dua iOS dan Android di seluruh dunia dan telah mencapai pra-pendaftaran sebanyak 300,000 di Jepun.

Ia adalah permainan real-time battle arena yang berlangsung dalam udara di mana anda akan bermain sebagai salah satu daripada beberapa watak yang dikenali sebagai Kickers. Mereka dikawal melalui ‘swipe‘ dan ‘tap‘ ketika anda bertarung di langit, di mana anda dapat bergerak dengan bebas.

Pertempuran sebenarnya agak pendek, dalam sekitar 3 minit dan akan melihat pertarungan udara 4v4 di mana anda akan berlawan untuk membuktikan siapakah raja di langit. Ini bermakna anda perlu bekerjasama dengan rakan lain sebagai satu pasukan dan harus mempelajari lebih daripada satu watak supaya anda mempunyai skuad yang seimbang. Setiap Kicker mempunyai style mereka tersendiri dan kebolehan istimewa yang dapat diaktifkan dalam pertempuran agar pasukan kelebihan anda mempunyai kelebihan.

Seperti yang anda dapat lihat dari trailer di atas, ia mempunyai art-style anime yang cukup menarik dan pelbagai watak unik untuk dicuba. Walaupun gameplay yang kita lihat dalam trailer agak pendek dan terhad, ia kelihatan sangat seronok dan jika permainan sampai awal, ia boleh menjadi tambahan game multiplayer yang bagus dalam peranti anda.

Kick-Flight adalah game free-to-play yang boleh didapati untuk pra-pendaftaran sekarang di Google Play dan App Store.

Kick-Flight
Developer: Grenge,inc
Release Date TBC
Android, iOS
Kick-Flight adalah permainan mobile action multiplayer yang berlangsung di udara di mana anda akan bermain sebagai salah satu daripada beberapa watak yang dikenali sebagai Kickers dalam usaha untuk menjadi raja langit.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.