Intel dan 2K telah mengumumkan kerjasama menarik untuk melancarkan “Intel Builder Bundle“, yang merangkumi game Sid Meier’s Civilization VII.
Bermula hari ini, pemain yang membeli pemproses Intel Core Ultra (series 2) atau pemproses desktop Intel Core (14th Gen) daripada kedai terpilih akan menerima salinan digital Civilization VII untuk dimainkan apabila ia dilancarkan secara rasmi pada 11 Februari 2025.

Promosi ini berlangsung sekarang sehingga 31 Mac 2025. Pemain boleh menuntut salinan Civilization VII mereka dengan membeli pemproses Intel yang layak daripada rakan jualan yang mengambil bahagian. Berikut adalah senarai pemproses Intel Core yang layak:
- Intel Core i5-14600K
- Intel Core i5-14600KF
- Intel Core i7-14700K
- Intel Core i7-14700KF
- Intel Core i9-14900K
- Intel Core i9-14900KF
- Intel Core i9-14900KS
- Intel Core Ultra 5 Processor 245K
- Intel Core Ultra 5 Processor 245KF
- Intel Core Ultra 7 Processor 265K
- Intel Core Ultra 7 Processor 265KF
- Intel Core Ultra 9 Processor 285K
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Intel Builder Bundle.
Apa yang Baharu dalam Sid Meier’s Civilization VII
Dibangunkan oleh Firaxis Games dan diterbitkan oleh 2K, Sid Meier’s Civilization VII adalah kesinambungan terkini dalam siri strategi turn-based dan 4X (eXplore, eXpand, eXploit, eXterminate) yang ikonik. Game ini menawarkan inovasi menarik dan perubahan gameplay yang memperluaskan sempadan francais ini.
Pertama, ia memperkenalkan Age System baharu, di mana pemain akan maju melalui Zaman Antiquity, Exploration, dan Modern, dengan peluang untuk menukar tamadun antara era. Pemimpin kini tidak lagi terikat kepada tamadun tertentu, membolehkan gameplay menjadi lebih fleksibel dan dinamik.
Sistem influence yang diperbaharui juga mengembangkan hal strategi diplomasi, perdagangan, dan peperangan. Sistem Legends dan Mementos pula memberikan bonus unik yang boleh dibawa ke permainan seterusnya, menggalakkan perancangan jangka panjang.
Sama ada anda pemain strategi berpengalaman atau baru mengenali dunia Civilization, Intel Builder Bundle adalah peluang terbaik untuk meneroka game terbaru dalam siri legenda ini. Naik taraf PC anda dengan pemproses Intel yang layak hari ini dan bersedia untuk membina empayar sendiri dalam Civilization VII!
@gamersantaimy
Discussion about this post