Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bekas juruanimasi MAPPA kata keadaan kerja sangat teruk umpama “kilang”!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 20, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Bekas juruanimasi MAPPA kata keadaan kerja sangat teruk umpama “kilang”!
Share on FacebookShare on Twitter

Juruanimasi Mushiyo menjelaskan mengapa mereka memilih untuk meninggalkan studio MAPPA dalam satu tweet kontroversi pada 14 Mei. Menurut Mushiyo, yang bekerja untuk musim terbaru Attack on Titan, studio tersebut terlibat dalam etika dan persekitaran kerja yang tidak sihat semasa musim ini dihasilkan. Posting ini pada awalnya dibuka untuk pihak awam membaca tetapi kini Mushiyo telah mengubah akaun twitter-nya supaya mendapat lebih privasi.

Dalam posting itu, Mushiyo mempersoalkan keputusan mereka untuk bekerja di syarikat itu, dan menjelaskan pengalaman mereka yang sering diminta memperbaiki lukisan berulang-ulang kali sehingga matahari terbit. Ini merupakan antara sebab mengapa mereka berhenti.

Mereka mengkritik keputusan MAPPA untuk bekerja di empat siri anime pada satu masa yang sama dan bukannya melatih pasukan dengan betul supaya tidak perlu lagi membuat pembetulan. Mushiyo membandingkan persekitaran kerja dengan sebuah “kilang” dimana juruanimasi yang bertahap rendah akan ditugaskan untuk memperbaiki masalah dan bukannya melukis.

Menurut Mushiyo, bukan mereka sahaja yang mengadu tentang isu ini. “Setakat yang saya tahu, kira-kira 80% pekerja mengadu perkara yang sama pada masa itu.” -kata Mushiyo.

MAPPA mengambil alih animasi siri anime popular Attack on Titan dari Wit Studio bermula dengan bahagian pertama musim terakhir. Siri ini ditayangkan pada Disember 2020 di mana MAPPA juga mengusahakan Jujutsu Kaisen dan Gymnastics Samurai. Padanlah si Mushiyo pun banyak mengadu. Apa pendapat anda tentang isu ini? Adakah MAPPA yang salah?

Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.

Sumber – Otakomu

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animasianimeAttack on TitanMushiyostudio MAPPA
Previous Post

Game Injustice nampaknya akan mendapatkan filem animasi DC!

Next Post

PUBG Mobile mengumumkan barisan Celebrity Showmatch di PMPL SEA Championship S3!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
PUBG Mobile mengumumkan barisan Celebrity Showmatch di PMPL SEA Championship S3!

PUBG Mobile mengumumkan barisan Celebrity Showmatch di PMPL SEA Championship S3!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd