Kepada peminat-peminat tegar dan masih mengikuti perkembangan Battlefield V, pasti anda tahu bahawa tiada yang lebih menyakitkan hati apabila bermain dengan rakan sepasukan yang tidak tahu menyembuhkan, membekalkan bekalan, bermain objektif dan menjadi rakan sepasukan yang baik untuk kita. Nampaknya baru-baru ini pihak DICE telah pun mengatasi masalah ini dan mendengar kata-kata pemain.
Pihak DICE telah mengenalkan Mod latihan tutorial bagi Battlefield V yang dipanggil sebagai “Latihan Asas”. Jadi kepada pemain-pemain baru atau pemain lama yang mahu melatih diri dengan Mod Tutorial, anda bolehlah mengakses Mod tersebut di menu utama. Disitu juga akan mengajar asas-asas bermain ‘Conquest’, dan akan diriwayatkan oleh “Si Bapa Pertempuran”, Lars Gustavssson!
Jadi disini yang ada didalam Mod Latihan Asas tersebut;
- Semua kelas dan peranan mereka dalam Battlefield V
- Bagaimana untuk menangkap objektif (anda melakukannya dengan skuad kawalan AI)
- Bagaimana untuk mengambil tangki dengan Panzerfaust dan tempat yang lemah untuk disasarkan
- Stesen bekalan, sistem tiket dan penjelasan semula
Di samping Mod latihan yang hadir di Battlefield V, DICE turut melancarkan kemaskini pembaruan senjata yang kiniboleh didapati di semua platform. Terdapat lima kulit senjata baru (dua adalah Epic), dua set kulit askar baru, dan dua cat muka yang baru.
Dikatakan juga, dalam note patch yang terbaru ditambah dengan beberapa lokasi baru antaranya “Mercury” dan “Marita.”
Ini adalah senarai lokasi-lokasi lain yang turut dinamakan;
- AIRFIELD EAST
- AIRFIELD
- AIRFIELD WEST
- BASE CLIFFS
- CLIFFSIDE ROAD
- BASE ROAD
- SUPPLY DOCKS
- UPPER RIDGE
- POULOS HOUSE
- EAST GROVE
- OLIVE GROVE
- WEST GROVE
- COVE
- SLAUGHTER GULCH
- SATELLITE
- MIDDLE RIDGE
- RUNOFF
- UPPER VILLAGE
- COURTYARD
- VILLAGE
- FISHING DOCKS
- ANCIENT ROAD
- RUINS NORTH
- BEACHFRONT
- RUINS WEST
- BEACH APARTMENTS
- RUINS EAST
- RADAR
Jadi kita tunggu pihak DICE untuk memberitahu kemas kini yang selebihnya dalam masa terdekat.
Sumber: Multiplayer First
@gamersantaimy
Discussion about this post