Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Barisan Pelakon ‘One Piece’ Membela Charithra Chandran Selepas Kecaman Rasis Sebagai Watak Vivi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 13, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Barisan Pelakon ‘One Piece’ Membela Charithra Chandran Selepas Kecaman Rasis Sebagai Watak Vivi
Share on FacebookShare on Twitter

Barisan pelakon siri live action Netflix, One Piece, telah tampil secara terbuka untuk membela pelakon baharu mereka, Charithra Chandran, yang menjadi mangsa serangan rasis dalam talian. Isu ini timbul berikutan peranannya sebagai Princess Nefertari Vivi untuk musim kedua siri tersebut.

Kontroversi ini mula hangat selepas trailer pertama Season 2 dilancarkan pada 10 Ogos, di mana peminat buat kali pertamanya dapat melihat penampilan pelakon itu memegang watak penting berkenaan.

Chandran, yang merupakan seorang pelakon British dengan latar belakang keturunan Tamil India, diberi peranan sebagai puteri kerajaan padang pasir Alabasta, sebuah dunia dalam One Piece yang diilhamkan oleh budaya Mesir purba dan Timur Tengah.

Berikutan trailer itu, segelintir peminat di media sosial seperti X dan Reddit mula mendakwa pasukan produksi telah membuat “pemilihan yang salah”. Alasan mereka adalah pelakon dari Asia Selatan dianggap tidak sepadan dengan watak yang ditafsirkan berlatarbelakangkan budaya Arab atau Afrika Utara.

Namun, apa yang bermula sebagai kritikan akhirnya melarat menjadi serangan peribadi, di mana komen-komen kebencian mula menyasarkan fizikal, warna kulit, dan asal usul etnik Chandran.

Sebagai tindak balas, rakan-rakan seperjuangannya tampil memberikan kenyataan balas yang tegas untuk mengutuk perbuatan tersebut sambil mengulangi sokongan mereka.

Antara yang terawal memberikan reaksi ialah Rob Colletti, yang membawa watak penjahat bernama Wapol dalam musim akan datang. Dia menyifatkan kempen anti-pemilihan pelakon itu sebagai tidak wajar dan menyatakan dengan jelas bahawa Chandran adalah “pelakon yang sempurna untuk melakonkan watak Vivi”.

Colletti turut menekankan satu fakta utama, iaitu penglibatan langsung pencipta One Piece, Eiichiro Oda. “Dia dipilih sendiri oleh Oda, dan Oda mempunyai lebih banyak pengetahuan dan pemahaman tentang watak-wataknya sendiri berbanding orang lain,” jelasnya.

Colletti mengutuk sekeras-kerasnya isu kebencian itu dan menggesa peminat agar menghormati keputusan yang dibuat oleh pencipta asal.

Sementara itu, Emily Rudd, yang membawa watak Nami, turut memuat naik satu kenyataan di Instagram pada 11 Ogos yang kemudiannya tular. “Persepsi terhadap ‘kanon’ tidak boleh dijadikan alasan untuk perkauman atau kebencian terang-terangan dalam apa jua bentuk,” tegas Rudd.

“Saya amat berbangga dengan siri kami, barisan pelakon kami, dan peluang yang kami ada untuk menghidupkan sebuah kisah yang berpusat pada sebuah keluarga angkat yang pelbagai — oleh sebuah keluarga yang juga pelbagai.”

Walaupun masalah seumpama ini bukanlah perkara baharu bagi adaptasi anime live action, serangan yang dilemparkan terhadap Chandran disifatkan amat keterlaluan. Chandran sendiri memilih untuk tidak memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai kebencian yang diterima.

Sebaliknya, dia bertindak memuat naik semula pelbagai komen kebencian tersebut di akaun Instagramnya, berserta kapsyen sinis: “Terima kasih banyak atas sokongan anda semua”.

Tayangan untuk Musim 2 One Piece dijangka berlangsung pada tahun 2026.

Tags: netflixone pieceVivi
ShareTweetSend
Previous Post

Apple Arcade Meriahkan September 2025 Dengan NFL Retro Bowl ’26, Jeopardy! Daily & My Talking Tom Friends+

Next Post

RPG Aksi Fantasi Gelap ‘Mandragora’ Akan Datang Ke PS5 & Switch Pada September 2025

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Nak Cakera Fizikal Punya Pasal, CyberLeek Ugut Lepaskan Game Penuh GTA VI
Berita

Nak Cakera Fizikal Punya Pasal, CyberLeek Ugut Lepaskan Game Penuh GTA VI

October 13, 2026
Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

Next Post
RPG Aksi Fantasi Gelap ‘Mandragora’ Akan Datang Ke PS5 & Switch Pada September 2025

RPG Aksi Fantasi Gelap 'Mandragora' Akan Datang Ke PS5 & Switch Pada September 2025

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd