Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Barisan Anime Summer 2023 Menarik Untuk Korang Layan! Ada BLEACH, JUJUTSU KAISEN dan Banyak Lagi!

Maira by Maira
July 3, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Senarai
0 0
0
Barisan Anime Summer 2023 Menarik Untuk Korang Layan! Ada BLEACH, JUJUTSU KAISEN dan Banyak Lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Hampir semua siri anime yang ditayangkan sepanjang “Spring 2023” akan tamat pada minggu ini. Sudah tentu akan ada barisan anime lain pula yang akan menggantikan kesemua anime ini. Kali ini, jom kita tengok pula senarai anime menarik yang dilepaskan sepanjang “Summer 2023” pula! Tanpa membuang masa, teruskan membaca!

Horimiya: The Missing Pieces – 1 Julai

anime summer 2023
Sumber: CloverWorks

Siri anime baru Horimiya yang mengadaptasi bahagian manga yang tidak diadaptasikan dalam siri yang ditayangkan pada 2021.

YOHANE THE PARHELION – SUNSHINE in the MIRROR– – 2 Julai

“Tiada siapa tahu kisah gadis yang semua orang kenal.” Numazu ialah sebuah bandar pelabuhan yang indah yang dikelilingi oleh gunungan dan laut. Yohane, seorang gadis yang sukar menyesuaikan diri dengan persekitarannya sejak kecil, menghabiskan harinya dengan mengelak daripada orang ramai di bandar.”

Atelier Ryza: Ever Darkness & the Secret Hideout The Animation – 2 Julai

“Ryza no Atelier mengikuti kisah Stout Reisalin, seorang gadis yang tinggal di Kurken Island untuk mencari pengembaraan. Dia menemui bot terbiar pada suatu hari dan pergi ke tanah besar bersama rakannya Marslink Lent dan Mongarten Tao. Sepanjang perjalanan, Ryza bertemu dengan ahli alkimia Vollmer Empel dan rakannya Decyrus Lila, yang mengajarnya alkimia dan tidak lama kemudian dia menemui kebenaran tentang rumahnya.”

Mushoku Tensei Season 2 – 3 Julai

anime summer 2023
Sumber: Studio Bind

Musim terbaru untuk Mushoku Tensei: Isekai Ittara Honki Dasu.

Masamune-kun’s Revenge R – 3 Julai

Sumber: SILVER LINK

Selepas enam tahun, Masamune-kun Revenge kembali dengan sekuelnya!

The Girl I Like Forgot Her Glasses – 4 Julai

anime summer 2023
Sumber: GoHands

“Komura, seorang pelajar lelaki yang pemalu suka kepada rakan sekelasnya Mie yang duduk di sebelahnya. Satu hari Mie terlupa untuk membawa cermin matanya dan Komura berusaha untuk membantunya. Tetapi apabila dia terlalu dekat dengannya, jantungnya mula berdegup laju!”

My Happy Marriage – 5 Julai

Dianggap sebagai seseorang yang tidak berguna oleh keluarganya, Miyo telah didera. Tetapi kehadiran tunangnya telah membangkitkan kuasa tersembunyi dalam dirinya.

Jujutsu Kaisen Season 2 – 6 Julai

“Musim bunga, 2006. Satoru Gojo dan Suguru Geto telah diberikan dua misi oleh Tengen. Misi pertama meminta mereka untuk mengiring dan memadamkan “Star Plasma Vessel”, Amanai Riko gadis yang dipilih untuk bergabung dengan Tengen.

Jadi mereka mulakan perjalanan untuk misi mereka tetapi assassin bernama Fushiguro mengganggu Star Plasma Vessel. Masa lampau Gojo dan Geto, yang akan dikenali sebagai sorcerer Jujutsu hebat dan pengguna curse paling jahat akan dibongkarkan…”

Rurouni Kenshin – 7 Julai

“Pada tahun-tahun terakhir era Bakumatsu, terdapat seorang pembunuh upahan legenda yang dikenali sebagai Hitokiri Battousai. Ditakuti sebagai pembunuh tanpa belas kasihan, dia tidak dapat ditandingi di seluruh negara, tetapi secara misteri menghilangkan diri pada kemuncak Revolusi Jepun. Walaupun 10 tahun berlalu, nama Battousai masih menimbulkan ketakutan di hati veteran perang.

Tanpa mereka sedari, Battousai telah meninggalkan kehidupan lama yang kejam dalam usaha untuk bertaubat atas dosa-dosanya, dan kini hidup sebagai Kenshin Himura, seorang ronin dengan sikap ceria dan semangat yang teguh. Bersumpah tidak akan membunuh lagi, Kenshin mendedikasikan dirinya untuk melindungi yang lemah.

Suatu hari, dia terserempak dengan Kaoru Kamiya di dojonya, sedang diancam oleh seorang penyamar yang mendakwa dirinya Battousai. Selepas dibantu oleh Kenshin, Kaoru membenarkan dia tinggal di dojo.”

BLEACH: Thousand-Year Blood War – The Separation – 8 Julai

anime summer 2023
Sumber: Pierrot

Sambungan kepada Bleach TYBW Part 1. Untuk Bahagian terbaru ini, kita akan melihat sambungan pertarungan antara Shinigami dan Quincy!

Reign of the Seven Spellblades – 8 Julai

Sumber: J.C. Staff

“Sekarang musim bunga di Kimberly Magic Academy, dan pelajar baharu memulakan tahun pertama mereka. Antaranya ialah seorang budak lelaki yang mahir dan rajin belajar, Oliver, dan seorang gadis samurai, Nanao. Mereka akan membentuk ikatan yang unik di dewan Kimberly, tetapi sekolah yang indah ini tidak seperti yang disangka. Rahsia gelap dan bahaya berada di setiap sudut. Bolehkah ahli sihir ini berjaya untuk tamatkan persekolahan mereka?!”

Rent-a-Girlfriend Season 3 – 8 Julai

Musim terbaharu untuk siri anime Rent-a-Girlfriend.

Zom 100: Bucket List of the Dead – 9 Julai

“Bertahan daripada serangan zombi lebih baik daripada menjadi hamba gaji! Selepas menghabiskan bertahun-tahun bekerja di sebuah syarikat, kehidupan Akira telah hilang sinarnya. Dia tinggal di sebuah apartmen yang penuh dengan sampah, gajinya tidak seberapa dan dia tidak mempunyai keberanian untuk meluahkan cintanya pada rakan sekerjanya yang cantik. Tetapi apabila serangan zombi memusnahkan bandarnya, ia memberi dorongan yang diperlukannya untuk hidup sendiri. Sekarang, Akira dalam misi untuk melengkapkan kesemua 100 impiannya sebelum dia… menjadi zombi.”

Bungou Stray Dogs Season 5 – 12 Julai

Sumber: Bones

“Pekerja detektif telah ditangkap seorang demi seorang, dan Kamui, ketua kepada Tenjin Goshui telah semakin menghampiri Detective Agency. Adakah Agency akan terselamat?!”

The Devil is a Part-Timer!! Season 2 – 13 Julai

Sekuel kepada kepada The Devil is a Part Timer!!


Anime Summer 2023 mana yang anda tidak sabar untuk tengok nanti? Boleh kongsikan kepada kami di ruangan komen! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime, boleh klik pautan ini.

Tags: Anime Summer 2023Senarai Anime Summer 2023Summer 2023 Anime
ShareTweetSend
Previous Post

Tambah XP dengan Coca Cola Ultimate Zero Sugar – kolab unik bersama LoL!

Next Post

Interview Magic: The Gathering – Konsep & reka bentuk set March of the Machine

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Interview Magic: The Gathering – Konsep & reka bentuk set March of the Machine

Interview Magic: The Gathering - Konsep & reka bentuk set March of the Machine

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd