Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bandai Namco memperkenalkan gameplay baru & bawa semula Nina Williams dalam Tekken 8!

safwan by safwan
February 7, 2023
in Acara, Artikel, Berita, Fighting, Game Baru, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Bandai Namco memperkenalkan gameplay baru & bawa semula Nina Williams dalam Tekken 8!
Share on FacebookShare on Twitter

Bakal dilancarkan di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC, Bandai Namco telah mendedahkan sedikit pembaharuan tentang Tekken 8 termasuk watak Nina Williams yang dibawa kembali dan gameplay baharu yang menunjukkan sistem pertarungan baharu.

Watak baru

Dengan memasukkan kembali watak Nina Williams ke dalam Tekken 8, mereka telah mengembalikan gaya pertarungan yang “smooth” dan telah diilhamkan oleh pelbagai seni mempertahankan diri. Dia adalah seorang pembunuh upahan yang terlatih dan dilengkapi dengan pelbagai senjata untuk mengalahkan musuhnya.

Alang-alang nak lancarkan game ini di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC, mereka telah mereka bentuk semula model Nina Williams supaya gerakan dan tekniknya menjadi lebih “smooth”. Nina juga ditambah dengan skill baharu supaya mencapai dengan konsepnya yang agresif.

Nina Williams akan menyertai Jin Kazama, Kazuya Mishima, Jun Kazama, Paul Pheonix, Marshall Law, King, Jack-8 dan Lars Alexanderson.

Gameplay Baru

Berdasarkan apa yang ditunjukkan di dalam trailer “New Gameplay Mechanics Gameplay”, mereka telah menunjukkan pelbagai mekanik baharu seperti “Rage system, Recovery system gauge, Heat system” dan “control style”. Anda boleh lihat dengan lebih terperinci melalui video di bawah:

Selain itu, mereka juga mengumumkan Tekken World Tour 2023 bakal tiba pada Mac 2023 dan menggunakan Tekken 7 sepenuhnya. Kejohanan ini akan menampilkan Leader board global dan keputusannya dikira daripada acara MASTER+, MASTER, CHALLENGER dan DOJO yang diadakan di seluruh dunia. Pemain terbaik daripada setiap jenis acara akan diberikan mata dan setiap pemain yang mempunyai mata yang tertinggi akan mara ke Global Final Tekken World Tour 2023 Champion.

Pelbagai acara yang akan diadakan semasa Tekken World Tour 2023 untuk pemain-pemain mengumpul mata dan muncul juara di leader board masing-masing. Berikut adalah acara-acaranya:

  • DOJO Event
  • MASTER+, MASTER dan CHALLENGER Event

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Tekken 8 masih dalam fasa pembikinan. Namun, ia telah dijadualkan untuk dilancarkan pada tahun ini di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC. Apa pendapat anda selepas mereka menambah semula Nina Willias dalam Tekken 8? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Nina WilliamsTekken 8Tekken World Tour 2023
Previous Post

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – To the Swordsmith Village – Bakal Tayang 2 Mac Ini di Malaysia!

Next Post

SD Shin Kamen Rider Rumble akan keluar pada 27 April – HENSHIN!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
SD Shin Kamen Rider Rumble akan keluar pada 27 April – HENSHIN!

SD Shin Kamen Rider Rumble akan keluar pada 27 April - HENSHIN!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd