Baru-baru ini, bersempena dengan ulangtahun ke-25 Tamagotchi, Bandai Namco telah mengumumkan sebuah produk baru, iaitu Tamagotchi Smart yang membolehkan pemakai jam pintar ini untuk membela Tamagotchi. Ini adalah jam pintar kedua dari Bandai, selepas mereka melancarkan Digimon Vital Bracelet yang boleh digunakan sebagai fitness tracker sambil ditemani Digimon mereka.
Tamagotchi Smart mampu merekod langkah harian anda, serta mempunyai skrin sentuh yang membolehkan pemakainya berinteraksi dengan Tamagotchi mereka. Malah, dengan fungsi pengecaman suara yang ada di jam ini, pengguna boleh bercakap dengan peneman mereka untuk mendapat lebih keseronokkan.
Seperti Digimon Vital Bracelet, Tamagotchi Smart turut memiliki kad pintarnya sendiri yang dipanggil sebagai Tama SmaCard. Kad pintar ini memberikan penggunanya untuk memuat naik Tamagotchi mereka kedalam peranti, sama seperti Dim Card yang digunakan oleh Vital Bracelet.
Selain itu, peranti ini dijadualkan pelancarannya bermula 23 November. Buat masa sekarang, ianya tersedia melalui loteri sahaja. Bagi mereka yang ingin memiliki lebih awal, anda boleh menyertai pertandingan loteri ini bermula pada 17 Jun sehingga 2 Julai nanti. Mereka yang memenangi loteri ini akan diumumkan pada hujung bulan Julai.
Antara syarat yang diperlukan untuk menyertai pertandingan loteri ini adalah, anda perlu membelanjakan sejumlah 7,480 yen (anggaran RM279.52) di kedai online Bandai Premium. Pertandingan loteri ini bukan sahaja terbuka untuk Jepun sahaja, malah mereka yang dari luar Jepun juga boleh menyertainya. Bandai sedang menawarkan Tamagotchi Smart edisi terhad berwarna putih sebagai hadiah untuk pemenang loteri ini.
Tamagotchi Smart bakal tersedia dalam dua warna, iaitu Coralpink dan MintBlue serta akan tiba di kedai Bandai bermula 23 November ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranti ini, anda boleh layari ke laman Toy Bandai.
@gamersantaimy
Discussion about this post