Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Azure Ray memenangi ESL One Kuala Lumpur 2023, Selepas Mengalahkan Gaimin Gladiators!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 17, 2023
in Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, Tempatan
0 0
0
Azure Ray memenangi ESL One Kuala Lumpur 2023, Selepas Mengalahkan Gaimin Gladiators!
Share on FacebookShare on Twitter

Suasana semasa ESL One Kuala Lumpur 2023 Grand Final amat riuh dengan gemuruh orang ramai apabila Azure Ray bertarung melalui lower bracket untuk mengambil takhta juara dan menjulang trofi yang diidamkan dalam kejohanan!

Kredit: Gamer Santai

Kemenangan Azure Ray menamatkan hujung minggu yang penuh dengan perlawanan Dota 2 sengit apabila 12 pasukan terbaik di dunia mencuba untuk mengatasi satu sama lain. Azure Ray terpaksa melalui perlawanan yang sukar selepas asalnya kalah 2:0 menentang Gaimin Gladiators di Upper Bracket Final. Mereka tidak kalah dan menewaskan Team Liquid di Lower Bracket Final, dan akhirnya temu Gaimin Gladiators sekali lagi di Grand FInals di mana mereka menang dengan keputusan 3:2.

🎉 AZURE RAY REVERSE SWEEPS THE #ESLONE KUALA LUMPUR GRAND FINAL 3-2 VS @GaiminGladiator! 🎉 pic.twitter.com/qwKVB6IQDW

— ESL Dota2 (@ESLDota2) December 17, 2023

Chemistry antara pasukan, kerja berpasukan dan pengalaman membantu mereka dengan perlawanan akhir dan akhirnya membolehkan mereka berjalan pulang dengan hadiah utama USD $300,000. Lou, Xm, Xxs, XinQ dan 天命 daripada Azure Ray semuanya santai apabila Gaimin Gladiators mengaku kalah.

Kredit: Gamer Santai

Gaimin Gladiators, yang terdiri daripada dyrachyo, Quinn, Ace, tOfu, dan Seleri meninggalkan ESL One Kuala Lumpur 2023 sebagai naib juara dengan USD $175,000. Semangat juang mereka dipamerkan sepenuhnya, sehingga membuat orang ramai teruja lagi-lagi kerana mereka adalah pencabar konsisten dalam majoriti kejohanan besar Dota 2.

Membawa pulang tempat ketiga adalah Team Liquid, yang merangkumi miCKe, Nisha, 33, Boxi, dan Insania, memenangi USD $120,000, manakala BetBoom Team yang terdiri daripada Nightfall, gpk, Pure, Save-, dan TORONTOTOKYO menduduki tempat keempat dengan kumpulan hadiah USD $85,000.

Senarai pemenang:

  • Azure Ray
  • Gaimin Gladiators
  • Team Liquid
  • BetBoom Team
  • Team Falcons
  • G2.iG
  • Team Secret
  • Tundra Esports
  • Blacklist International
  • LGD Gaming
  • Wawitas Sagazes
  • 9Pandas

Sekali lagi kami ucapkan tahniah kepada pasukan juara dan semoga pasukan-pasukan lain dapat kembali lagi kuat untuk kejohanan akan datang!

Para gamer dan peminat Dota 2 yang berminat dengan ESL One Dota 2 akan datang boleh pergi ke laman web rasmi ESL di sini atau lawati media sosial mereka di Twitter dan Facebook untuk maklumat lanjut.

Tags: Azure RayESL One Kuala Lumpur 2023Esports
ShareTweetSend
Previous Post

ONE PIECE Dapat Anime Remake! Dihasilkan oleh Wit Studio, Tayangan di Netflix!

Next Post

Kaiju No 8 Akan Ditayangkan Melalui X (Twitter)! Tayangan Bermula April 2024!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat
Berita

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat

June 6, 2026
Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2
Berita

Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2

June 6, 2026
Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik
Berita

Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik

June 6, 2026
Next Post
Kaiju No 8 Akan Ditayangkan Melalui X (Twitter)! Tayangan Bermula April 2024!

Kaiju No 8 Akan Ditayangkan Melalui X (Twitter)! Tayangan Bermula April 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd