Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Aztech: Forgotten Gods akan hadir ke Nintendo eShop hujung tahun ini

Amir Haziq by Amir Haziq
April 15, 2021 - Updated on April 16, 2021
in Artikel, Berita, Nintendo Switch
0 0
0
Aztech: Forgotten Gods akan hadir ke Nintendo eShop hujung tahun ini
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah permainan baru telah diumumkan hari ini semasa Nintendo Indie World Showcase, iaitu Aztech: Forgotten Gods yang dibangunkan oleh Lienzo Studio. Permainan ini mengisahkan penduduk kampung yang diserang oleh dewa-dewa kuno dan akan tersedia untuk pengguna Nintendo Switch pada hujung tahun ini.

Di dalam Aztech: Forgotten Gods, anda akan bermain sebagai Achtli, yang mengikut ibunya Natsin, seorang ahli arkeologi ke tapak penggalian purba. Semasa mencari maklumat kuno yang boleh membantu seluruh masyarakat, mereka secara tidak sengaja telah menyebabkan letupan dan membangkitkan raksasa “stone colossi” yang boleh menghancurkan kota. Oleh itu, anda ditugaskan untuk mengalahkan raksasa tersebut. Antara aksi-aksi yang boleh dilakukan dalam permainan adalah berlari di dinding dan meluncur pada landasan seperti dalam trailer.

Dalam sejarah alternatif Aztech, kuasa Eropah tidak pernah sampai ke pantai MesoAmerika kuno. Ibu kota kerajaan Aztec, Tenochtitlan telah berkembang selama berabad sebagai metropolis batu, yang maju dari segi teknologi walaupun sangat mengikut adat turun temurun. Namun, dewa-dewa kuno mereka seperti dewa ular berbulu Quetzalcoatl dan Mictlantechutli, Raja alam roh telah hilang menjadi kenangan, sehingga sekarang.

Terokai Tenochtitlan dengan ketangkasan dan kekuatan baru Achtli yang luar biasa. Temui kisah sampingan, unlock pakaian baru, dan tingkatkan kemampuan pasif dengan menyelesaikan cabaran sekunder di dunia hub. Jad penyelamat kota dengan soundtrack yang menarik dengan elemen dari alat muzik tradisional Aztec. Pengembaraan yang menarik di Aztech: Forgotten Gods diinspirasikan dari komik anime dan superhero yang mempunyai estetika kartun.

Aztech: Forgotten Gods akan datang ke Nintendo Switch pada musim luruh ini. Ia juga akan tersedia untuk PC, PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X dan Xbox One. Buat masa ini, tiada lagi tarikh pelancaran rasmi yang ditetapkan, tetapi permainan ini dirancang akan tiba di Nintendo eShop pada akhir tahun ini.

Tags: Aztech Forgotten Godsnintendonintendo switch
Previous Post

OlliOlli World akan keluar di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series, Switch, & PC!

Next Post

Konami mengumumkan GetsuFumaDen: Undying Moon di PC Steam pada tahun ini, versi Nintendo Switch akan keluar pada 2022!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Konami mengumumkan GetsuFumaDen: Undying Moon di PC Steam pada tahun ini, versi Nintendo Switch akan keluar pada 2022!

Konami mengumumkan GetsuFumaDen: Undying Moon di PC Steam pada tahun ini, versi Nintendo Switch akan keluar pada 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd