Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Awas! Akaun palsu Webtoon telah muat naik komik BOBOIBOY secara haram!

Maira by Maira
April 11, 2022
in Artikel, Berita, Komik
0 0
0
Awas! Akaun palsu Webtoon telah muat naik komik BOBOIBOY secara haram!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada penghujung bulan Mac, Monsta telah mengumumkan bahawa siri animasi popular BoBoiBoy (BBB) akan mendapat komik versi digital di pelbagai platform termasuklah Webtoon. Komik tersebut ialah BoBoiBoy Galaxy musim kedua yang merupakan sambungan daripada filem BBB Movie 2 yang dikeluarkan pada tahun 2019. Tetapi nampaknya, ada seseorang yang telah memuat naik komik tersebut secara haram di platform Webtoon sebelum Monsta.

Melalui Twitter rasmi, Monsta meminta peminat untuk mengawasi komik yang dimuat naik secara palsu di platform tersebut. Malah, pihak mereka juga telah memberikan beberapa cara untuk mengesan akaun palsu yang memuat naik komik tersebut. Berikut adalah caranya:

  1. Lihat nama username yang digunakan pada platform Webtoon.
  2. Melaporkan akaun tersebut pada Webtoon.
  3. Hantar pautan komik tersebut kepada pihak Monsta melalui emel ([email protected]) atau mesej kepada akaun media sosial Monsta (FB, Youtube, Instagram dan Twitter).

Bantuan daripada peminat amat dihargai untuk membanteras masalah ini. Untuk pengetahuan anda, komik BoBoiBoy Galaxy musim kedua secara rasmi akan tersedia di Webtoon pada Julai ini. Jadi, kalau anda menjumpai komik ini dimuat naik secara haram, boleh laporkan ke pihak Monsta melalui cara di atas.

Sumber: Twitter

Masalah cetak rompak memang susah untuk dihalang lebih-lebih lagi dengan dunia Internet yang luas ini. Walaupun begitu, setiap pertolongan yang diberikan masih boleh membantu dalam menghalang kejadian seperti ini. Begitu juga semasa menonton wayang di pawagam. Masih ramai yang merakam dalam pawagam sehingga pihak atasan terpaksa meminta pertolongan daripada penonton untuk menghentikan kegiatan tersebut.

Kami juga ada menyenaraikan beberapa platform rasmi untuk anda menonton anime dan juga membaca manga dan manhwa kegemaran. Alang-alang boleh juga memberikan sokongan kepada pelukis dan industri anime itu sendiri. Jom ramai-ramai kita halang kegiatan lanun cetak rompak dalam industri ini!

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai komik daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Boboiboy Galaxy Musim 2komikWebtoon
Previous Post

Khabar angin mendedahkan gameplay Valorant Mobile seakan sama dengan PC

Next Post

Dapatkan merchandise rasmi Mobile Legends di Lazada sekarang!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Dapatkan merchandise rasmi Mobile Legends di Lazada sekarang!

Dapatkan merchandise rasmi Mobile Legends di Lazada sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd