Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Attack on Titan Final Season Akan Tamat Pada 2023, Visual Baru Watak Didedahkan!

Maira by Maira
November 14, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Attack on Titan Final Season Akan Tamat Pada 2023, Visual Baru Watak Didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Hujung minggu lalu, terdapat acara khas Attack on Titan yang telah berlangsung di Jepun. Acara tersebut mengadakan pelbagai aktiviti antaranya persembahan muzik dan juga jemputan pelakon-pelakon suara yang terlibat dengan siri anime tersebut. Sudah tentu beberapa maklumat baru telah diumumkan. Antaranya ialah visual utama untuk Attack on Titan Final Season Part 3! Bahagian terakhir untuk adaptasi siri itu!

【新ビジュアル公開!】
TVアニメ「進撃の巨人」The Final Season完結編の
新ビジュアル公開しました!

終尾の巨人と化したエレンの周りを、
かつての仲間だったミカサ、アルミン、コニー、ジャン、リヴァイ、ライナーが立ち向かう。https://t.co/tDWCeNLB0P#shingeki pic.twitter.com/WNw1B22cbW

— アニメ「進撃の巨人」公式アカウント (@anime_shingeki) November 13, 2022

Visual yang dilepaskan itu telah memaparkan watak-watak utama seperti Eren (Founding Titan Form), Mikasa, Armin, Levi, Reiner, Jean dan Connie. Buat masa ini, masih tiada lagi tarikh rasmi yang telah diumumkan untuk tayangan bahagian akhir itu. Yang pasti anime tersebut akan ditayangkan pada 2023.

attack on titan final

Kepada anda yang tidak mengenali siri ini, Attack on Titan merupakan karya manga oleh Hajime Isayama dan pertama kali diterbitkan dalam Bessatsu Shounen Magazine pada tahun 2009. Siri manga tersebut sudah pun berakhir pada bulan April 2021 dengan jilid ke-34.

Ia telah mendapat adaptasi anime oleh Wit Studio pada tahun 2013 dan telah diambil alih oleh MAPPA untuk musim terakhir yang dibahagikan kepada tiga bahagian. Bukan setakat anime sahaja, siri ini juga mendapat adaptasi filem live action, novel dan juga game, tidak kiralah konsol mahupun mobile.

Berikut adalah sinopsis rasmi untuk Attack on Titan Final Season:

Sudah empat tahun sejak Scout Regiment sampai ke pantai, dan dunia sekarang kelihatan berbeza. Keadaan kini semakin huru-hara apabila nasib Scout Regiment dan penduduk Paradis ditentukan. Namun, Eren pula hilang. Adakah dia akan muncul semula sebelum persengketaan lama antara Marleyan dan Eldian mengakibatkan peperangan?

attack on titan final

Agak-agak untuk bahagia akhir ini, bila MAPPA akan lepaskan? Kalau tayang bulan April, macam sudah ngam sangat dengan ulang tahun siri tersebut. Apa pun kita tunggu sahaja pengumuman daripada mereka. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Attack on Titan daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: Attack on TitanAttack on Titan The Final SeasonMAPPA
Previous Post

Pelakon suara Batman Kevin Conroy meninggal dunia akibat barah

Next Post

Yu-Gi-Oh Master Duel perkenalkan mode baru -Team Battle 3v3 & 5v5!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Yu-Gi-Oh Master Duel perkenalkan mode baru -Team Battle 3v3 & 5v5!

Yu-Gi-Oh Master Duel perkenalkan mode baru -Team Battle 3v3 & 5v5!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd