Semua peminat Pokemon pasti kagum dengan kehebatan Ash Ketchum yang menjadi watak utama francais sejak tahun 1997. Pengembangan watak Ash sejak dari siri pertama sehinggalah sekarang telah menunjukkan banyak kejayaan bersama teman Pokemonnya sepanjang pengembaraan. Sebagai watak utama, Ash membawa pasukan Pokemon yang kuat untuk memasuki beberapa liga Pokemon seperti Silver Conference, Ever Grande Conference serta Orange League dan pernah dinobatkan sebagai Juara Pokemon League di wilayah Alola selepas 22 tahun francais ini berlangsung.
Walaupun Pikachu adalah teman ikonik Ash dalam francais, dan tidak dinafikan yang ia juga sangat hebat kerana pernah memenangi banyak pertarungan, termasuk beberapa Pokemon legenda seperti Latios, Regice, Silvally, Mewtwo, Entei dan Tapu Koko. Namun, kali ini kita akan melihat rakan-rakan Pikachu dalam pasukan Ash yang lebih kuat daripadanya semasa bertarung. Jadi tanpa membuang, ini adalah 10 Pokemon terbaik dalam pasukan Ash Ketchum mengikut kedudukan!
10. Heracross
Ash bertemu Heracross di wilayah Johto ketika ia sedang berebut kawasan bersama Pinsir. Hasil dari bantuan pasukan Ash, Heracross terhutang budi padanya dan ingin mengikuti pengembaraan Ash di Johto. Walaupun Heracross selalu masuk dan keluar dari pasukan Ash, serta menghabiskan banyak masa di makmal Profesor Oak, tetapi ia sering dipanggil untuk bertarung dalam pertempuran yang sukar. Heracross pernah bertarung di Johto League Silver Conference, dimana ia telah menewaskan Magmar milik pesaingnya, Gary walaupun kelemahan Bug Type adalah Fire Type. Kehebatan Megahorn Heracross bukan sahaja dapat menewaskan Magma, malah ia turut menghasilkan damage yang besar pada Darkrai. Selain dari itu, Hyper Beam-nya setanding dengan kekuatan Ice Beam milik Darkrai, tetapi ditewaskan oleh gerakan Dream Eater ketika tidur.
9. Gengar
Walaupun Gengar telah diperkenalkan semasa siri pertama di wilayah Kanto, tetapi Ash hanya memilikinya ketika di wilayah Galar dan merupakan pokemon Ghost-Type pertamanya. Menarik mengenai Gengar Ash ini adalah, sebenarnya ia mempunyai tuan sebelum Ash mengambilnya sebagai ahli pasukan. Pelatih lama Gengar menganggap ia sebagai sumpahan kerana sering kalah dalam pertarungan dan gagal menangkap pokemon liar lain. Lalu, Gengar ditinggalkan bersendirian di sebuah rumah usang sambil menanti kepulangan pelatihnya, sehinggalah Ash datang dan ia mahu menyertai kumpulan Ash.
Gengar mempunyai semangat berlawan yang kuat seperti Ash dan ia akan memanfaatkan sepenuh serangan Ghost Type seperti Psychic menghasilkan damage besar, serta Shadow Ball yang boleh memberi damage serta menurunkan stat Sp. Def Pokemon lawan. Malah, Gengar turut mempunyai gerakan seperti Ice Punch menyebabkan musuh menjadi beku dan Dazzling Gleam, iaitu serangan Fairy-Type yang membolehkannya untuk menyerang dua Pokemon serentak. Kemampuan Gengar Ash adalah Cursed Body yang menyebabkan pergerakan Pokemon musuh tidak boleh dilancarkan sebanyak 4 pusingan apabila mereka menyerang Gengar.
8. Krookodile
Krookodile adalah Pokemon terakhir Ash di wilayah Unova dan paling kuat, serta mempunyai kadar kemenangan tertinggi dari semua ahli pasukannya. Mangsa pertama yang ditewaskan oleh Krookodile adalah Dragonite milik Iris, iaitu ketua Gim Opelucid dan Juara Unova League di pusingan semi-final dengan menggunakan pergerakan Dig untuk mengelak dari serangan Flamethrower. Ia juga pernah menewaskan Sawk menggunakan serangan Ariel Ace, iaitu gerakan Flying Type walaupun Krookodile adalah Ground Type. Ketiga-tiga serangan ini termasuk Stone Edge adalah pergerakan paling kuat dari semua Pokemon Ash di Unova, tetapi ianya tidak banyak ditonjolkan.
7. Dragonite
Dragonite mempunyai dua jenis Type, iaitu Dragon Type dan Flying Type serta memiliki kekuatan hampir sama dengan Pokemon Legenda. Ketika pertemuan pertamanya dengan Ash, Dragonite masih lagi dalam form Dragonair, dan ia berevolusi ketika cuba menyelamatkan Ash dari jatuh. Sifat Dragonite Ash sangat mesra dan suka memeluk pelatih dan ahli pasukannya yang lain.
Gerakan Dragon Claw serta Hurricane Dragonite juga sangat kuat hingga dapat mengalahkan dua Pokemon milik Korrina, iaitu ketua Gym Shalour yang menggunakan Mega Lucario dan Golurk. Walaupun Dragonite Ash mempunyai sifat yang mesra dan bersaiz besar, tetapi ia akan menjadi petarung terbaik di udara kerana mampu bergerak dengan kelajuan 2,505 km/h.
6. Snorlax
Walaupun Ash menghadapi masalah untuk membangunkan Snorlax, tetapi ia masih menjadi ahli terpenting dalam pasukannya. Snorlax mempunyai stat pertahanan dan kekuatan yang tinggi dan dengan mudah menewaskan beberapa Pokemon Gary, iaitu pesaing rapat Ash. Walaupun Snorlax adalah Normal Type dan lemah pada Fighting Type, tetapi ia mampu menewaskan Machamp dan Medicham menggunakan Hyper Beam dan Ice Punch.
Pencapaian terhebat Snorlax adalah apabila ia menggunakan enam gerakan semasa bertarung dengan Greta di Kanto Battle Frontier. Ini adalah amat mustahil kerana Pokemon biasanya hanya boleh menggunakan empat gerakan, kecuali Alakazam yang mampu melakukan lima gerakan. Hasil daripada itu, Snorlax menggabungkan pergerakan dan kelincahan luar biasanya untuk mengalahkan kebanyakkan Pokemon Fighting Type.
Rekod kalah Snorlax hanya pada Gyarados milik Clair ketua Gim Blackthorn, Scizor milik Gary dan Houndoom milik Harrison. Namun, dalam ketiga-tiga perlawanan ini Snorlax telah menewaskan salah satu Pokemon lawan sebelum dikalahkan mereka. Walaupun ia tidak pernah dilihat menewaskan Pokemon legenda, tetapi Snorlax mempunyai peluang kemenangan yang besar dalam pertarungan.
5. Lucario
Lucario adalah Pokemon Fighting dan Steel Type serta terkenal sebagai antara ahli pasukan Ash yang hebat dalam bertarung. Ia mampu melakukan gerakan khas seperti Aura Sphere untuk menembak kuasa aura tanpa terlepas dari sasaran, dan menyerang lebih kuat apabila berada dalam HP rendah ketika menggunakan Reversal. Disebabkan ia tersenarai sebagai antara Pokemon terpantas, Lucario mampu menghasilkan Force Palm yang menyebabkan shockwave, serta Double Team untuk mengelirukan pihak lawan.
Ia mempunyai hubungan khas dengan Ash yang boleh membuka potensi hebat Lucario. Ianya boleh dilihat ketika Lucario cuba melindungi Ash dan Pikachu dari serangan Copperajah milik Rose, iaitu pemilik Galar Pokemon League. Lucario telah menggunakan hubungan khasnya bersama Ash untuk menghasilkan Aura Sphere dan berjaya menewaskan semua Pokemon Rose.
4. Sceptile
Sceptile adalah Pokemon harapan Ash apabila berhadapan dengan Pokemon legenda dalam keseluruhan anime. Ia pernah menewaskan Darkrai milik Tobias yang mempunyai rekod tanpa kalah dalam pertempuran dengan menggunakan satu Leaf Blade sahaja, dari bantuan Heracross pada perlawanan sebelum itu. Sceptile juga digunakan untuk melawan Pokemon legenda seperti Deoxys, Regirock dan Latios walaupun mereka mempunyai kelebihan Type.
Apabila berada di form Mega Evolution, Sceptile berpotensi sebagai Pokemon Ash paling kuat, tetapi mempunyai kadar kemenangan hanya 44% kerana Ash belum dapat mengawal sepenuhnya. Walaupun tidak memegang rekod kemenangan berturut-turut, tetapi ia masih boleh dikira hebat kerana berpengalaman dalam bertarung dengan Pokemon legenda.
3. Infernape
Sejak berubah dari Monferno, Infernape Ash hanya pernah dikalahkan sekali sahaja, iaitu semasa bertarung dengan Flit salah seorang anggota Elite Four. Dalam pertarungan lain, Infernape mempunyai kadar kemenangan sehingga 83% dan paling tinggi berbanding Pokemon Ash yang lain. Walaupun tanpa kekuatan fizikalnya, hasil hubungan Infernape dan Ash, ia boleh melakukan gerakan Blaze cukup kuat ketika mengalami kecederaan teruk, sehingga ia tidak dapat dikalahkan.
Infernape telah membantu Ash memenangi Beacon Badge selepas mengalahkan Jolteon dan Luxray milik Volkner, iaitu ketua Gym Sunyshore dan juara Sinnoh League. Pertarungan tersebut menyaksikan Infernape mengaktifkan Blaze dan menewaskan kedua-dua Pokemon itu selepas mengalami banyak damage dari serangan eletrik. Ia juga pernah menang bertarung walaupun dalam keadaan kesan status Poison ketika melawan Aggron dan Ninjask milik Paul, iaitu saingan Ash ketika berada di Sinnoh serta tuan lamanya. Dalam pertarungan ini juga, Infernape telah membuktikan dirinya sangat kuat kerana ia pernah dibuang oleh Paul disebabkan nampak lemah.
Infernape mempunyai beberapa gerakan ditambah baik seperti menggunakan FlameWheel dan Flamethrower serentak untuk menghasilkan libasan api yang boleh merebak dengan meluas. Ia juga pernah menggabungkan gerakan Dig serta Flare Blitz ketika bertarung dengan Paul di Lily of the Valley Conference, dimana serangan ini menyebabkan seluruh medan pertarungan menjadi panas dan menghasikan api yang meletup dari bawah tanah. Hasil dari gabungan gerakan ini telah membatalkan kesan Toxic Spike Drapion dan menewaskan Ninjask.
2. Charizard
Hubungan Ash dan Charizard bermula agak sukar, tetapi selepas berjaya menewaskan Magmar milik Belmar, mereka kembali menjadi pasangan yang serasi. Charizard sentiasa bertarung dengan lawan lebih kuat seperti Pokemon lagenda Entei, Articuno dan Mewtwo. Sebahagian besar peratusan kekalahan Charizard adalah disebabkan ia tidak mahu menurut arahan Ash ketika bertarung walaupun mempunyai kelebihan dari stats. Kini Charizard sudah boleh menggunakan sepenuh kekuatan dalam pertarungan dan mampu untuk menewaskan hampir semua Pokemon apabila mempunyai hubungan baik dengan Ash.
Mengikut rekod, Charizard pernah tewas pada Blaziken milik Harrison kerana kelebihan udaranya tidak berkesan dengan kekuatan dan kemampuan Blaziken. Charizard menyerang menggunakan Seismic Toss dan menghasilkan Flamethrower yang sama kuat dengan Blaziken ketika bertarung. Hasil dari itu, kedua-dua Pokemon telah jatuh, tetapi Blaziken dapat bangun dan menyebabkan Ash tewas dalam perlawanan. Namun, hasil dari serangan Charizard telah menyebabkan Blaziken mengalami cedera parah dan Harrison terpaksa menarik diri dari perlawanan seterusnya.
Di samping itu, Charizard telah memperoleh banyak kemenangan hasil dari pertarungan dengan lawan yang hebat seperti menewaskan separuh daripada keseluruhan pasukan Gary Oak. Ia telah menewaskan Scizor, Golem dan Blastoise walaupun berhadapan dengan Type kelemahannya dan menjadikan itu sebagai kemenangan pertama antara Ash dan Gary Oak.
1. Greninja
Walaupun Greninja tidak memiliki Mega Evolution, tetapi ia mampu mencapai tahap terkuatnya dengan menjalinkan hubungan dengan Ash. Form yang ini dikenali sebagai Ash-Greninja, dimana mereka berdua akan bergabung dan mempunyai kekuatan sama kuat dengan Pokemon Mega Evolution. Greninja terbukti sebagai Pokemon terkuat Ash berbanding yang lain hasil dari kekuatan gabungan form mereka dan kepantasannya.
Selain itu, Greninja boleh dikira sebagai Pokemon yang bijak dalam pertarungan kerana ia boleh menambah baik sesuatu pergerakan. Contohnya seperti menggabungkan gerakan Water Shuriken dengan Double Team untuk menghasilkan saiz Water Shuriken tiga kali ganda besar yang menyebabkan kesan damage hebat pada musuh. Ia juga pernah menggunakan gerakan Cut untuk meluncur di ais dan mengelak serangan Ice Punch semasa bertarung dengan Mega Abomasnow milik Wulfric, iaitu ketua Gym Snowbelle.
Antara gerakan hebat Greninja adalah Water Pulse yang boleh menyebabkan damage dan kesan Confusion pada pihak lawan, serta Double Team dimana ia akan bergerak dengan laju sehingga menghasilkan salinan ilusi untuk mengelirukan musuh. Ketika menjadi Ash-Greninja pula, Water Shuriken dan Aeriel Ace adalah gerakan utama yang selalu digunakan untuk bertarung kerana Ash boleh bertahan dari pengsan apabila berlawan di form ini.
Apa pendapat anda mengenai kehebatan ahli pasukan yang dimiliki oleh Ash ini? Anda juga boleh membaca penulisan kami mengenai kenapa Pikachu tidak mahu berevolusi. Bagi mereka yang ingin membaca segala liputan kami berkaitan Pokemon, anda boleh tekan sahaja pada pautan yang tersedia.
@gamersantaimy
Discussion about this post