Hari ini, ASUS Malaysia telah mengumumkan pelancaran Zenbook 14 OLED (UX3405) serba baharu, sebuah laptop ultraportable premium dalam siri Zenbook Classic. Sebagai laptop Intel Core Ultra berkuasa AI pertama di Malaysia, ia dijual pada harga RM5999.

Seperti yang saya kata tadi, Zenbook 14 OLED yang anggun ialah laptop ultraportable Intel Evo Edition terbaik yang membawa kecanggihan ke tahap baharu.
Pengguna boleh memanfaatkan setiap saat menggunakan bateri 75 Wh yang dipertingkatkan, dan menggandakan kecekapan mereka dengan pemproses sehingga Intel Core Ultra 7 dan grafik Intel Arc. Pengguna turut boleh mencapai sambungan yang lancar melalui port I/O yang penting – termasuk dua Thunderbolt 4, USB 3.2 Gen 1 Type-A, HDMI 2.1 (TMDS) dan bicu audio 3.5 mm.

Pengalaman audiovisual yang mengasyikkan disediakan oleh paparan 3K ASUS Lumina OLED 120 Hz yang terang dan pembesar suara super-linear baharu yang berkuasa.Sebagai tambahan, ciri-ciri lain juga memudahkan pengalaman pengguna seperti reka bentuk mesra yang menggabungkan face login mudah, kamera IR FHD dengan shutter fizikal untuk privasi, dan keyboard ASUS ErgoSense baharu..

Reka bentuk baharu ini menawarkan kemampanan yang lebih baik dengan menggunakan bahan kitar semula untuk laptop dan pembungkusannya, serta ujian ketahanan gred tentera AS yang memaksimumkan hayat perkhidmatan peranti.
Harga Dan Ketersediaan

Dua varian ASUS Zenbook 14 OLED (UX3405) akan tersedia di Malaysia di semua pengedar sah ASUS.
- Zenbook 14 OLED (UX3405) yang dikuasakan oleh pemproses Intel Core Ultra 7 155H, dengan 32GB RAM dan storan 1TB PCIe 4.0 akan tersedia pada harga RM5,999, mulai hari ini.
- Zenbook 14 OLED varian Intel Core Ultra 5 125H dengan 16GB RAM dan storan 512GB boleh didapati pada harga RM4,999 dan juga boleh didapati hari ini.
Kedua-dua varian yang disebutkan di atas datang dalam warna Ponder Blue, manakala pilihan warna Foggy Silver akan ditawarkan di Malaysia pada masa akan datang. Maklumat lanjut tentang produk boleh didapati di SINI!
Dapatkan segala berita kami tentang produk ASUS di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post