Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ASUS umum Vivobook 16X CPU AMD Ryzen 5000, harga adalah RM 2999!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 12, 2022
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Teknologi
0 0
0
ASUS umum Vivobook 16X CPU AMD Ryzen 5000, harga adalah RM 2999!
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS hari ini mengumumkan Vivobook 16X 2022 serba baharu (M1603, AMD), sebuah laptop canggih yang sesuai untuk sebarang jenis tugasan! Apa yang lebih mengejutkan adalah harganya sangat mampu milik pada nilai RM2999!

Jadi apakah kelebihannya? Izinkan saya jelaskan:

Vivobook 16X (M1603) memberikan prestasi hebat dengan pemproses AMD Ryzen 5 5600H, 8 GB RAM DDR4 (dengan slot SO-DIMM DDR4 tambahan) dan SSD 512 GB PCIe 3.0 yang menjadikan setiap tugas amat mudah, sama ada streaming melayari internet, menyunting video, bersembang video dan lain-lain.

Sebagai tambahan, Vivobook 16X (M1603) menampilkan paparan NanoEdge 16″ 16:10 FHD+ (1920 x 1200) manakala nisbah skrin-ke-badan 86% juga membuatkan paparan yang lebih besar sedangkan rangka badan kini lebih kecil. Ini membolehkan kita membawa Vivobook 16X ke mana-mana sahaja dengan mudah. Akhir sekali, kecerahan setinggi 300 nits dan sudut tontonan 178° membantu dalam sesi menonton kamu.

Seterusnya Vivobook 16X (M1603) dilengkapi dengan pelbagai ciri termasuk penutup fizikal untuk webcam bagi privasi, papan kekunci ASUS ErgoSense bersaiz penuh dan sensor cap jari di touchpad. Ia juga menampilkan ASUS Antibakterial Guard untuk melindungi pengguna daripada bakteria berbahaya.

Dengan set port I/O penuh, Vivobook 16X boleh menyambungkan pelbagai peranti, paparan dan projektor sedia ada. Selain port USB-C 3.2 Gen 1, terdapat dua port USB 3.2 Gen 1 Type-A, port USB 2.0, output HDMI dan bicu audio 3.5 mm.

Bersama reka bentuk yang langsing dan ringan, Vivobook 16X (M1603) serba baharu datang dengan pilihan warna – Transparent Silver atau Quiet Blue.


Vivobook 16X (M1603) boleh didapati sekarang pada harga RM 2,999 di Malaysia dan tersedia di kedai dan pengedar rasmi ASUS mulai hari ini (12 Oktober 2022). Layari laman web rasmi ASUS untuk maklumat lanjut di SINI.

Spesifikasi

  • AMD Ryzen 5 5600H
  • 8GB DDR4 (+dengan slot SO-DIMM tambahan)
  • 512GB M.2 NVMe PCIe 3.0 SSD
  • Paparan LCD 16” 16:10 FHD+ (1920 x 1200).
  • Bateri 50WHr AC Adapter 90W
  • Windows 11 Home + Office Home & Student 2021

Untuk membaca segala liputan kami tentang produk ASUS, sila tekan pautan ini.

Tags: AMD Ryzen 5000AsusLaptopVivobook 16X
Previous Post

[Review] ASUS Vivobook 15X OLED – Paparan skrin OLED yang mewarnai kehidupan!

Next Post

LEGO Brawls Review — Masuk ke Dunia Multiverse Lego Dan Berentap Untuk Menjadi Brawler Terbaik!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
LEGO Brawls Review — Masuk ke Dunia Multiverse Lego Dan Berentap Untuk Menjadi Brawler Terbaik!

LEGO Brawls Review -- Masuk ke Dunia Multiverse Lego Dan Berentap Untuk Menjadi Brawler Terbaik!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd