ASUS Republic of Gamers (ROG) hari ini mengumumkan komputer riba gaming 2-in-1 pertama iaitu ROG Flow X13, dan ROG XG Mobile, sebuah GPU luaran inovatif yang meningkatkan prestasi permainan dan boleh disambungkan pada Flow X13. Mari kita lihat apa yang istimewa!
Ultraportable 2-dalam-1
Flow X13 mempunyai reka bentuk boleh tukar dengan engsel 360° yang membolehkan pengguna menggunakan peranti dalam apa-apa situasi untuk tugas-tugas yang berbeza.
- Standard laptop mode adalah optimum untuk sesi gaming dan pelbagai tugas.
- Tablet mode memudahkan kita melayari internet atau melukis dan menulis nota dengan stylus seperti ASUS Pen.
- Skrin sentuh dilindungi oleh Corning Gorilla Glass.
- Stand mode mendekatkan paparan kepada pengguna.
- Tent mode meminimumkan jejakan peranti
Kedudukan ini memberikan kipas lebih banyak akses tanpa halangan ke aliran udara, untuk menurunkan suhu hingga 8 darjah. Casisnya berukuran 13 inci dan mempunyai 1.3 kg. Fitur “one-touch login” juga membolehkan Flow X13 digunakan seperti telefon pintar.
ROG XG Mobile
ROG XG Mobile memperkenalkan reka bentuk baru untuk membawa pengalaman gaming ala-ala desktop ke bentuk yang sangat mudah alih. Dengan berat 1 kg dan berukuran 155 x 208 x 29 mm, XG Mobile lebih kecil berbanding eGPU lain walaupun mempunyai GPU GeForce RTX 3080 yang boleh capai hingga 1810 MHz pada 150W dengan ROG Boost. Penyejukan “vapor chamber” yang cekap memastikan XG Mobile sentiasa beroperasi pada suhu yang ideal walaupun badannya kecil.
XG Mobile akan menyambung terus ke CPU dengan interface PCIe 3 x8 yang lebih pantas daripada Thunderbolt 4. Interface tersebut menumpukan perhatian sepenuhnya jalur lebar 63Gbps untuk grafik, bagi menghasilkan prestasi yang jauh lebih tinggi daripada eGPU alternatif. Sambungan USB 3.2 Gen 2 berasingan menambah 10Gbps hanya untuk I/O, dan kedua-duanya berkongsi kabel 41cm.
XG Mobile mempunyai empat port USB Type A 3.2 Gen 1, slot kad SD bersaiz penuh, dan port Gigabit Ethernet. Output paparan DisplayPort 1.4 dan HDMI 2.0a akan bersambung terus ke GPU luaran. Adapter kuasa 280W membekalkan XG Mobile dan komputer riba secara serentak, jadi pengguna tidak perlu membawa pengecas berasingan.
Pemproses yang hebat
Pemproses AMD Ryzen 9 5980HS CPU memberikan prestasi yang diperlukan untuk bebanan kerja berat. Flow X13 edisi Supernova akan tersedia dengan Ryzen 9 5980HS, yang mencapai sehingga 4.8 GHz pada satu core.
Memori sehingga 32GB melancarkan lagi urusan multitasking. Flow X13 menggunakan RAM LPDDR4X-4266, yang menggunakan 50% lebih sedikit kuasa dan menghasilkan lebih sedikit haba daripada memori DDR4 biasa. Memori LPDDR4X juga mengambil 46% lebih sedikit permukaan di motherboard, untuk meninggalkan lebih banyak ruang bagi CPU dan GPU yang kuat. PCIe SSD memberikan prestasi tinggi dan kapasiti hingga 1TB, untuk ruang penyimpanan yang besar.
Gaming on-the-go
Flow X13 menggunakan GPU GeForce GTX 1650 yang mampu mencapai “clock speed hingga 1255 MHz pada 35W” dalam mod Turbo bersama ROG Boost, dengan kemampuan untuk menarik 5W tambahan melalui Dynamic Boost1, bagi prestasi yang kuat dalam permainan terkini.
Beberapa pilihan paparan melengkapkan pengalaman visual. Panel FHD 120 Hz membolehkan gameplay yang lebih lancar, manakala paparan 4K Ultra HD memberikan kepadatan piksel tinggi yang sangat sesuai untuk kerja seni. Pada kedua-dua paparan, Adaptive-Sync menyelaraskan refresh rate dengan frame rate GPU untuk mengurangkan lag, meminimumkan stuttering, dan menghilangkan visual tearing.
Kedua-dua pilihan paparan dikalibrasi untuk memenuhi standard PANTONE bagi ketepatan warna. Mereka juga mempunyai nisbah aspek 16:10 yang tinggi untuk menyediakan lebih banyak ruang menegak.
Penyejukan tanpa halangan
Sistem penyejukan Flow X13 membolehkan prestasi tinggi dalam casis yang kecil. Sebatian cecair termal logam meningkatkan pemindahan haba dari CPU ke heatpipe, untuk mengurangkan suhu pemproses hingga 10° C berbanding termal standard.
Haba dipindahkan dari CPU, GPU, dan VRM oleh dua heatpipe, yang mempunyai bentuk lebih ramping untuk menjimatkan ruang dan meningkatkan kawasan pemindahan haba. Modul termal yang dipasang semula disesuaikan dengan tiga heatsink dan outlet kipas di dalam sistem. Bersama, heatsink ini menawarkan luas permukaan 44,230 mm² untuk penyebaran haba yang cepat dan cekap.
Kipas Dual Arc Flow meningkatkan aliran udara hingga 13% pada bunyi yang minimum. Dengan Teknologi 0dB, kipas akan mati sepenuhnya apabila suhu CPU dan GPU amat rendah dalam mod operasi Silent. Modul termal pembersihan diri pula menggunakan terowong anti-debu untuk menyalurkan debu jauh dari kipas dan heatsink. Ini membantu sistem penyejukan beroperasi dengan lebih berkesan.
Mobiliti bertaraf dunia
Bateri boleh bertahan sehingga 10 jam ketika menonton video berterusan di mana sokongan pengecasan Type-C membolehkan pengguna mengecas semula bateri daripada pengecas mudah alih dan adapter third-party, supaya pengguna tidak perlu sentiasa berada berhampiran soket dinding.
Adapter Type-C 100W milik Flow X13 hanya berukuran 75 x 75 x 28.8 mm dan berat hanya 300g, lantas menjadikannya jauh lebih kecil berbanding power brick di laptop gaming standard. Berkat teknologi pengecasan pantas, bateri dapat mengecas dari 0% hingga 50% hanya dalam masa 30 minit.
Bunyi yang lebih jelas & imersif
Teknologi “5.1.2-channel surround sound” yang dikuasakan oleh Dolby Atmos memberi audio yang bagus manakala teknologi Smart Amp memastikan bunyi dari pembesar suara berada dalam lingkukan pengguna, demi pengalaman yang lebih mendalam dan mengasyikkan.
Untuk meningkatkan pengalaman voice chat, fitur Two-Way AI Noise Cancellation akan mengeluarkan bunyi yang tidak diingini dari kedua input dan output audio. Ini dapat diterapkan ke apa-apa peranti dan boleh disesuaikan berdasarkan aplikasi, supaya pengguna dapat membuang kebisingan di aplikasi tertentu tanpa mempengaruhi bunyi dalam permainan. Disebabkan Two-Way AI Noise Cancellation hanya menggunakan CPU, GPU bebas untuk untuk memaksimumkan frame rate.
Kemudahan bersaiz penuh
Bagi sesi menaip dan gaming yang lebih selesa, reka bentuk papan kekunci Flow X13 menggabungkan susun atur gaya desktop bersaiz penuh ke dalam casis padatnya. Engsel ErgoLift menaikkan bahagian belakang papan kekunci ketika sistem dibuka untuk sudut menaip yang lebih baik.
Kekunci mempunyai penutup melengkung dan jarak perjalanan 1.7 mm, untuk meningkatkan lagi keselesaan. N-key Rollover memastikan input kekunci didaftarkan dengan tepat dan laju, manakala backlight putih menjadikan setiap kekunci mudah dicari di persekitaran cahaya rendah.
Flow X13 juga menyediakan sambungan yang luas, termasuk port Type-C USB 3.2 Gen 2 yang menyokong Power Delivery2 dan DisplayPort 1.4, port HDMI 2.0b membolehkan paparan lain disambungkan, port USB 3.2 Gen 2 Type-A pula tersedia untuk tetikus gaming atau gamepad, dan bicu 3.5 mm memuatkan headphone atau headset. Untuk kesambungan tambahan, I/O milik XG Mobile membolehkan pengguna memperluaskan setup mereka seperti port USB 3.2 Gen 2 Type-C yang memberikan fleksibiliti tambahan.
Spesifikasi
ROG Flow X13
Processor |
|
Graphics |
|
Operating system |
|
Display |
|
Memory |
|
Storage |
|
Keyboard |
|
Audio |
|
WiFi / Bluetooth |
|
I/O Ports |
|
Battery |
|
Power Supply |
|
Size |
|
Weight |
|
ROG XG Mobile
Graphics |
|
Graphics Connection |
|
Ethernet Connection |
|
I/O Ports |
|
Power Supply |
|
Size |
|
Weight |
|
Jika anda ingin tahu berita terkini tentang Asus, sila lawat halaman FB atau Twitter mereka. Untuk segala liputan kami tentang acara CES 2021, sila ikuti pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post