Permulaan kepada Computex 2018, Taipei, di Taiwan, ASUS pada hari ini mengumumkan partnership mereka bersama Gal Gadot, heroin untuk cerita Wonder Woman. Ianya tujuan untuk mempromosikan siri laptop flagship terbaru, ZenBook Pro, bersama-sama dengan VivoBook yang di’segar’kan semula, juga peranti all-in-one.
Dipamerkan di Computex, ZenBook Pro, merupakan peranti ASUS yang pertama untuk mempamerkan ciri ScreenPad yang inovatif dimana menukarkan touch pad kepada display yang berfungsi. dan memberi pengguna jalan yang lebih bijak untuk berinteraksi dengan laptop mereka dan meningkatkan kreativiti mereka dalam cara yang paling sofiskated dan paling pantas sekali.
Perkongsian bersama Gal Gadot dalam pelancaran produk tersebut, ASUS berharap dapat memberi inspirasi kepada semua orang di seluruh dunia dan mempamerkan bahawa setiap individu boleh menggunakan teknologi untuk mencipta. Dibawah merupakan spesifikasi kedua-dua produk tersebut.
ZenBook Pro 15
Dengan adanya sistem ScreenPad, anda boleh mengawal fungsi kebiasaan untuk membuat editing bagi dokumen Excel, Word dan juga Power Point untuk menyenangkan setiap tugasan yang ada. Dengan single tap, korang berjaya untuk membuat shortcut untuk setiap apps/software kegemaran anda. Selain itu, korang boleh menukar track, mengubah volume, juga menikmati muzik tanpa mengganggu kerja-kerja yang berada di skrin.
Korang juga boleh menggunakan ScreenPad untuk akses kesemua fungsi phone korang, termasuk drag-and-drop untuk file transfer, notifikasi, mesej dan juga phone mirroring menggunakan ASUS Sync. Sync kalendar Windows korang dan periksa jadual korang dengan sekilas pandang, ianya cukup menyenangkan.
ScreenPad juga boleh dijadikan keypad nombor memasukkan data secara senang dan intuitif. Screen Extender Mode akan menjadikan ScreenPad korang menjadi rakan multitasking korang yang hebat. Korang boleh extend skrin laptop korang kepada ScreenPad, memberikan dual-display dalam satu peranti. Boleh digunakan untuk memerhati media sosial anda dan juga email atau korang boleh jadikan ia sebagai skrin pratonton yang berguna – kemungkinannya tidak berkesudahan!
Dikuasakn oleh Intel Core i9 sebagai processor dan NVIDIA GeForce GTX 1050Ti sebagai GPU. Dilengkapi dengan 15.6-inci 4K UHD display, 100% Adobe RGB dan juga color accuracy Delta E (2 Touch-Screen). Selain itu, sambungan yang laju juga bunyi yang mendalam, membuatkan ZenBook Pro 15 kini semakin menarik. Akhir sekali, design yang sangat bersih, di datangkan dengan warna ‘Deep Blue’ dengan ‘Spun-Metal Finish’ juga disudahi dengan sisi diamond cut yang berwarna Rose Gold.
VivoBook S15 dan S14
VivoBook terkenal dengan laptop yang ringan tetapi berkuasa tinggi. Dikuasakan oleh Intel Core i7 8th Generation sebagai processor, mencirikan colour-blocking design yang unik, engsel ErgoLift dan display NanoEdge tiga penjuru. 15.6″ dan 14″ laptop mencirikan warna yang berani dan berwarna warni, dengan 5 warna yang ‘bersemangat’ untuk dipilih dan finishing tekstur seperti tekstur tenunan dan brushed finish dengn motif yang diinspirasikan dari berlian.
Engsel ErgoLift mereplikasi rasa seperti menaip menggunakan keyboard desktop, dimana design NanoEdge tiga penjuru yang baru menyediakan pengalaman melihat dengan mendalam. Seperti yang dikatakan tadi, dikuasakan oleh processor Intel Core i7 8th Generation, bersama-sama dengan NVIDIA GeForce MX150 graphic diskret dan juga dual-storage design.
ASUS Project Precog
ASUS sekarang sedang membangunkan peranti laptop yang baru untuk menawarkan pengalaman AI yang optimum. Project “Precog” merupakan AI PC yang mencirikan convertible dual-screen form factor untuk fleksibiliti, pengembangan juga meningkatkan produktivity. PC baru ini termasuk dengn full set ciri AI, termasuk AI Touch dan juga AI Charging.
Project Precog menawarkan pengalaman yang lancar dan juga intuitif untuk memacu teknologi AI. Dengan sokongan Windows Cortana dan juga Amazon Alexa, dimana ia membenarkan pengguna untuk mengekalkan tugasan utama, dan pembantu visual melakukan tugasan lain di belakang. Dikuasakan oleh Intel Movidius Vision Processor Unit (VPU) membuatkan ianya lagi menarik.
Nampaknya, kedua-dua notebook sangat berkuasa. Juga, partnership bersama Gal Gadot, mampu untuk mempromosikan kedua-dua versi laptop ini kepada tahap yang tertinggi. Pada pandangan aku, ianya sangatlah berkuasa bagi mereka yang ingin menyenangkan tugasan mereka, tetapi, bagaimana pula pandangan para pembaca budiman?
@gamersantaimy
Discussion about this post