Semalam, ASUS Malaysia telah mengumumkan pelancaran rasmi Zenbook 14 Flip OLED (UP3404) dan Zenbook 14X OLED (UX3404) di acara ASUS Zenbook 2023 yang berlangsung di Starbucks Reserve, Tropicana Gardens. Dipromosikan sebagai model terbaharu dan paling canggih dalam siri Zenbook, kedua-dua peranti direka untuk para profesional dan content creator yang proaktif.

Berikut adalah butiran lanjut:
ASUS Zenbook 14 Flip OLED (UP3404)
Zenbook 14 Flip OLED menawarkan tahap prestasi baharu dengan pemproses 13th Gen Intel Core i5-1340P, grafik Intel Iris Xe, 512GB PCIe SSD, 16 GB RAM dan bateri 75 Wh yang tahan lama. Untuk I/O yang mudah, terdapat dua port Thunderbolt 4, port USB 3.2 Type-A dan port HDMI 2.1 (TMDS). WiFi 6E (802.11ax) yang memastikan sambungan wayarles boleh dipercayai.
Visual yang hebat disediakan oleh skrin sentuh OLED 14-inci 16:10 2.8K yang kini lebih besar, bersama perakuan PANTONE dan mempunyai gamut DCI-P3 100%. Ia juga diperakui TÜV untuk penjagaan mata, dan menyokong stylus ASUS Pen 2.0 MPP 2.0.
Zenbook 14 Flip OLED hanyalah nipis 15.9 mm dan beratnya hanya 1.5 kg, dengan engsel 360°. Ciri reka bentuk bijak termasuk sensor warna cahaya ambien yang melaraskan kecerahan dan suhu warna secara automatik, serta membolehkan pemalapan adaptif untuk membantu mengekalkan jangka hayat paparan OLED. Terdapat juga kamera IR untuk face login pantas.
Papan kekunci dan pad sentuh ASUS ErgoSense bersaiz penuh menawarkan keselesaan semasa menaip, dan ASUS NumberPad 2.0 memudahkan kemasukan data. Sistem audio diperakui Harman Kardon menampilkan bunyi Dolby Atmos, bersama-sama dengan teknologi AI noise-canceling untuk panggilan jelas.
ASUS komited untuk melindungi bumi, maka Zenbook 14 Flip OLED menggunakan 30% plastik kitar semula (PCR) dan 100% pembungkusan boleh dikitar semula. Kecekapan tenaganya juga mengatasi standard ENERGY STAR. Untuk memastikan ketahanan, komputer riba diuji dengan standard gred tentera AS MIL-STD-810.

Harga dan Ketersediaan
Zenbook 14 Flip OLED (UP5404) akan tersedia di Malaysia bermula hujung Mac dan berharga RM5,499. Maklumat tentang produk boleh dibaca di SINI.
ASUS Zenbook 14 Flip OLED (UP3404) Images: Download Hi-Res Here!
SPECIFICATIONS ASUS Zenbook 14 Flip OLED (UP3404) | |
CPU | Intel Core i5-1340P processor |
Display | 14″ 2.8K (2880X1800) 16:10 90Hz OLED NanoEdge touchscreen with 87% screen-to-body ratio |
Operating system | Windows 11 Home |
Graphics | Intel Iris Xe Graphics |
Main memory | 16 GB LPDDR5-4800 memory onboard |
Storage | 512 GB PCIe 4.0 x4 SSD |
Connectivity | Dual-band WiFi 6E (802.11ax) Bluetooth 5.2 |
Camera | 1080p FHD 3DNR IR camera with light sensor and color sensor |
I/O ports | 2 x Thunderbolt 4 1 x USB 3.2 Gen 2 Type A 1 x HDMI 2.1 (TMDS) 1 x audio jack |
Touchpad | ASUS NumberPad 2.0 / ASUS ErgoSense touchpad |
Audio | Harman Kardon-certified Dolby Atmos sound system with built-in speakers |
Battery | 75 Wh |
AC adapter | 65 W Type-C adapter |
Dimensions | 311.5 x 223.4 x 15.9 mm |
Weight | 1.5 kg |
SRP | RM 5,499 |
Availability | Late March 2023 onwards |
ASUS Zenbook 14X OLED (UX3404)
Untuk produktiviti multitasking yang lancar, Zenbook 14X OLED dikuasakan oleh pemproses 13th Gen Intel Core i9-13900H dan 32 GB RAM, dengan sistem penyejukan ASUS IceCool untuk memaksimumkan prestasi. Komputer riba kini turut menampilkan grafik diskret NVIDIA® GeForce RTX™ 3050 untuk kreativiti mudah.
Visual juga telah dipertingkatkan, dengan paparan 14.5 inci 16:10 2.8K 120 Hz OLED HDR lebih besar yang menggantikan model 14 inci generasi sebelum. Versi skrin sentuh bagi paparan ini juga tersedia sebagai pilihan. Paparannya sangat responsif, dengan ketulenan warna yang disahkan Pantone, gamut DCI-P3 gred pawagam, serta pensijilan DisplayHDR True Black 600 dan penjagaan mata yang diperakui SGS dan TÜV Rheinland.
Untuk memastikan produktiviti maksimum semasa dalam perjalanan, terdapat bateri 70 Wh yang tahan lama dengan teknologi pengecasan pantas dan sokongan USB-C Easy Charge, yang membolehkan pilihan pengecas fleksibel.
Casis berukuran hanya 16.9 mm nipis dan 1.5 kg ringan, dan boleh didapati dalam dua warna, Inkwell Grey dan Sandstone Beige. Sandstone Beige menampilkan kemasan ala seramik serba baharu, yang dicipta menggunakan proses salutan Plasma Ceramization mesra alam.
Harga dan Ketersediaan
ASUS Zenbook 14X OLED (UX3404) versi 13th Gen Intel Core i7-13700H kini tersedia untuk beli dan berharga RM5,999. Varian lain akan tiba pada awal April, di mana varian Core i5-13500H berharga RM4,999, manakala varian Intel Core i9-13900H + GeForce RTX 3050 akan berharga RM6,999.
Maklumat tentang produk boleh dibaca di SINI.
ASUS Zenbook 14X OLED (UX3404) Product Video: https://youtu.be/KPtjZ-iQQ_E
SPECIFICATIONS ASUS Zenbook 14X OLED (UX3404) | |
CPU | Intel® Core™ i9-13900H Intel® Core™ i7-13700H Intel® Core™ i5-13500H |
Display | 14.5” 16:10 2.8K (2880 x 1800) 120 Hz OLED non-touch screen, four-sided NanoEdge design with 89% screen-to-body ratio, up to 600-nit peak brightness, 100% DCI-P3 color gamut, DisplayHDR™ 600 True Black certification |
Operating system | Windows 11 Home |
Graphics | NVIDIA® GeForce® RTX 3050 Intel® Iris® Xᵉ Graphics |
Main memory | 32 GB LPDDR5 4800 MHz RAM |
Storage | Up to 1 TB PCIe® Gen 4 SSD |
Connectivity | WiFi 6E (802.11ax) Up to Bluetooth® 5.2 |
Camera | FHD IR 3DNR camera |
I/O ports | 2 x Thunderbol 4 USB-C 1 x USB 3.2 1 x HDMI® 2.1 (TMDS) 1 x Audio jack |
Touchpad | ASUS ErgoSense Keyboard NumberPad 2.0 (Optional) |
Audio | Built-in speakers Smart amplifier technology Built-in microphone Harman Kardon certified Cortana and Alexa voice-recognition support |
Battery | 70 Wh |
AC adapter | 90 W / 100 W Adapter Adapter Output: 5V~20V, 90 W / 100 W Adapter Input: 100~240 V AC, 50 / 60 Hz universal |
Dimensions | 321.8 x 225.6 x 16.9 mm |
Weight | 1.5 kg |
MSRP | Core i5-13500H + 16GB + 512GB (Inkwell Gray): RM4999 Core i7-13700H + 16GB+ 1TB (Sandstone Beige / Inkwell Gray): RM5999 Core i9-13900H + 32GB + 1TB + GeForce RTX 3050 (Inkwell Gray): RM6999 |
Gamer Santai juga sedang mengadakan giveaway di mana korang boleh memenangi PS5 Digital Edition! Nak tahu cara-cara untuk sertai? Baca SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post