Di acara State of Play hari ini, Sony Interactive Entertainment dan Team ASOBI telah mengumumkan game baharu ASTRO BOT untuk PlayStation 5. Ia akan dilancarkan pada 6 September manakala prapesan akan dibuka pada 7 Jun.
Sempena pengumuman ini, anda boleh menonton trailer di bawah untuk melihat gameplay ASTRO BOT:
Game pertama Astro’s Playroom asalnya dibuat sempena pelancaran konsol PlayStation 5 pada 2020, di mana watak utama Astro memperkenalkan cara-cara untuk menggunakan controller wayarles DualSense dalam cara yang menyeronokkan sambil memberi penghormatan kepada sejarah PlayStation selama 25 tahun dengan meletakkan pelbagai easter egg.
Dalam game sekuel ini, Astro kembali dalam pengembaraan angkasa super, yang terbesar setakat ini, di mana pemain akan meneroka 6 galaksi dan lebih 80 level untuk mencari krew Astro yang hilang.
Untuk mendapatkan bantuan dalam misi, Astro boleh menggunakan lebih 15 abiliti baharu yang menawarkan gaya permainan unik. Seperti yang dijangkakan, game ini juga memanfaatkan sepenuhnya controller DualSense, seperti “haptic feedback” dan “adaptive trigger” supaya anda dapat merasakan setiap langkah dan perbuatan sepanjang perjalanan.
Mereka juga telah meningkatkan jumlah musuh, yang kini menampilkan lebih 70 jenis baharu, termasuk bos besar di hujung setiap galaksi. Mengalahkan setiap bos akan mendedahkan rahsia tetapi tiada info diberi tentang hal ini.
Bagi mereka yang berani dan inginkan lebih banyak cabaran, game ini dilengkapi dengan level “mati-dan-cuba semula” untuk menguji refleks anda.
Bukan itu sahaja; semasa pengembaraan epik ini, Astro akan bersatu semula dengan ramai rakan-rakan terkenal dari alam semesta PlayStation. Trailer di atas hanya menunjukkan beberapa muka sahaja tetapi yang pasti oleh studio, jumlah watak telah digandakan untuk menggembirakan setiap peminat PlayStation di luar sana.
@gamersantaimy
Discussion about this post