Assassin’s Creed adalah salah satu francais terbesar di dunia gaming, jadi tidak hairanlah apabila ia diadaptasikan kepada filem, novel, manga, dan lain-lain. Walaupun tiada rancangan untuk mengeluarkan permainan video utama pada tahun 2021, francais ini akan terus berkembang dengan beberapa projek baru; salah satunya adalah manhwa Assassin’s Creed: Black Flag.
Disahkan dalam temu ramah Ubisoft bersama Eurogamer, mereka berbincang tentang masa depan francais. Nampaknya sebuah manhwa/webtoon sedang dibuat untuk Assassin’s Creed IV Black Flag pada tahun ini, dan ia akan mengisahkan pengembaraan terbaru Edward Kenway. Apa yang lagi menarik ialah manhwa ini akan diuruskan oleh Redice Studios yang bertanggungjawab untuk manhwa popular, Solo Leveling!
"Asassins Creed IV Black Flag" will get a manhwa sequel series by Redice Studios (Solo Leveling) starting in 2021
Image © Ubisoft, Redice Studios pic.twitter.com/jSrRvI2wuN
— Manga Mogura RE (@MangaMoguraRE) April 19, 2021
“Itu membawa kepada projek menarik lain seperti webtoon yang sedang kami kembangkan di Korea. Kami dapat melihat Edward pergi ke tempat lain – mungkin bukan di laut yang sama, tetapi di Timur.
“Kami memilih Assassin’s Creed 4. Kami belum menulis apa-apa, kami tahu dengan tepat apa yang ingin kami lakukan tetapi kami masih dalam proses mencipta .” kata Aymar Azaïzia, ketua kandungan Ubisoft.
Bagi mereka yang tidak tahu, manhwa Solo Leveling (sebenarnya berdasarkan web novel) telah dicipta oleh Jang Sung-rak (juga dikenali sebagai Dubu) yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Redice Studio. Bukan setakat di Korea, manhwa ini juga popular di Jepun, Amerika, China, dan Asia Tenggara termasuk Malaysia dan merupakan “big 3” dalam dunia webtoon. Selepas meraih sambutan yang tinggi, Solo Leveling dilaporkan akan dihasilkan sebagai permainan video yang dikembangkan oleh Netmarble dan drama aksi langsung.
Apa pendapat anda? Mesti manhwa Assassin’s Creed: Black Flag gempak kan? Lagi-lagi bila dapat tahu ia dibuat oleh artis Solo Leveling. Jom kongsi pendapat di ruang komen sekarang! Untuk segala liputan kami tentang Assassin’s Creed, sila tekan pautan ini.
Sumber – MangaMoguraRE
@gamersantaimy
Discussion about this post